Ya Allah, Terima kasih Engkau telah menambahkan UMUR kami...

Alhamdulillah..hari ni jumaat yang terakhir bulan september..pantas sekali masa berlalu, pejam celik..pejam celik..beberapa hari lagi dah masuk ke bulan Okt..Syukur rahmat ALLAH, disetiap perjalanan itu ada rahmat dan perlindungan ALLAH.. saat berganti saat..minit berganti minit..masa berganti masa..hari berganti hari dan bulan berganti bulan setiap dari kita akan diberikan semua hadiah yang tidak terhingga oleh ALLAH S.W.T, iaitu umur.. setiap tahun bila saatnya umur itu bertambah maka kematangan kita juga bertambah, dari segi fikiran, arah kehidupan, matlamat hidup semua nya diperbaharui..Hadiah apa yang terbaik selain dari kesihatan dan umur yang dilanjutkan oleh ALLAH bila masa tarikh kelahiran tiba..

..bukan terlupa untuk ucapan selamat pada mu, adakala batasan waktu, terkejar masa yang terlalu laju adakala terleka walau hanya secebis ucapan "selamat ulangtahun"...kutitipan sedikit bait doa untuk kamu2 yang meraikan ulangtahun beberapa bulan lepas..

BULAN MAY

BABY QAHLIF

DANISH ZAINI SAKIMAN - 05HB MAY 2013

NAJMI HAIKAL - 06HB MAY 2013

JUNE '13

PUAN NAZLAH

ANNNISA

ZAHRA

MUQRIN

JULAI '13

ZAINI

PAK NGAH ALIAS

LIYANA

OGOS ' 13

HAIRUL ANUAR

ARINA

ALLYNA

SEPTEMBER '13

SAYA..DAN SAYA..

FAUZI

ALONG IJAH

SI KEMBAR
IKIN &IWAN

doaku titipkan buat kalian semua..juga buat diri ku..hanya doa yang mampu ku berikan sebagai hadiah..

Ya Allah,
Aku percaya bahwa Engkau akan selalu berikan yang terbaik
untuk diriku, keluargaku, orang tuaku dan
semua saudara maraku, yang selalu peduli padaku
Hanya pada-Mu lah aku senantiasa mengabdi dan
Hanya pada-Mu lah aku memohon pertolongan

Ya Allah,
Terima kasih Engkau telah mengangkat kami
menjadi makhluk dengan darjat yang tinggi
Terima kasih engkau telah memberikan cahaya keimanan kepada kami
sehingga kami dapat lebih mengenal-Mu,

Kabulkanlah do’a hamba-Mu ini Ya Allah..aamiin...........

Resepi terbaik dari dapur HJH.JAMIAH...dari tangan chef bedah dan chef nan 01

Tempe adalah sejenis makanan yang cukup terkenal dikalangan orang jawa..kiranya jawa dan tempe mmg tak dapat dipisahkan....tetapi itu dulu, jawa moden sekarang ni ada juga yang tak makan tempe, eksyen lah tu..orang putih pun suka makan tempe..hahahah...(org putih tu sya)..okey kita mulakan resepi pertama..sejak2 kebelkangan ni, resepi ni menjadi perhatian kat rumah mak mentua i..kalau mengikut resepi asal, untuk masak tempe bersengek ini mengunakan tempe yang sudah agak busuk sikit,(busuk disini bermaksud,tempe itu sudah lama didalam peti sejuk) kenapa? aku pun tak dapat nak terangkan, panjang cerita nya..

TEMPE BERSENGEK


TEMPE(ikut suka, nak berapa banyak, yang ni mak ngah guna 10 bgks)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
kunyit hidup(secukupnya)
1 camca ketumbar
1/2 camca halus jintan halus
sekeping asam gelugor
cili padi (kalau nak pedas)
santan pekat
minyak masak
garam secukupnya
dan bahan perisa

bahan kisar:
bawang merah
bawang putih
kunyit
jintan
ketumbar

tempe dipotong dua kemudian ketepikan

panaskan kuali, masuk kan minyak secukupnya untuk menumis.
bahan2 kisar tadi..
tumis bahan2 kisar hingga naik bau,masuk kan garam dan perisa secukupnya.
sudah sebati, masukkan tempe dan gaul hingga sama rata..
akhir sekali masukkan santan pekat dan asam gelugor dan biar sampai mendidih..sudah agak masak, matikan api(ni jangan lupa)..angkat dan hidangkan..








ya akhi ya ukhti...02

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu...Alhamdulillah segalanya yang dirancangan setahun yang lalu kini berjalan dengan lancar..segala puji bagi ALLAH yang telah melancarkan segala2...kehadiran saudara-mara, kawan2 dan jiran tetangga telah meraikan hari bahagia kalian berdua..tiada kata2 yang terindah untuk kalian berdua selain doa semoga perkahwinan kalian akan terjaga hingga ke jannah..


"jadilah seorang isteri yang solehah yang sentiasa mencari jalan untuk menyenangkan hati suaminya dan menutupi ruang dari menyusahkannya.Jagalah diri mu dan rumahtangga mu wahai ukhti,semoga kamu berdua sentiasa dalam perlindungan ALLAH ,dan semoga imam mu akan menjadi suami yang soleh dan diri mu akan menjadi isteri yang solehah, wahai akhi, jadilah bendaharan rumahtangga yang memerintah dengan adil dan saksama,kerana setiap tugas mu akan diadil suatu hari nanti.."

hadiah teristimewa dari bff terbaik yea..da O'luanaigh(nak sebut pun payah)




with mak atok before nikah..








True beauty is in her heart,
in her Imaan, her Taqwa