adakah waktu..minit dan masa itu milik kita..

Assalamualaikum...berminggu terfikir di otak fikiran, dah terlalu lama tidak melakar cerita di muka putih ini... adakala masa yang pantas berlalu itu berlalu tanpa ada sesuatu yang berhasil, terbuang begitu saja tanpa bicara..nak berfikir diluar kotak fikiran pun rasa tak tercapai..hari-hari yang berlegar hanya untuk anak2 yang sedang menghadapi peperikasaan..diri ini hanya mampu berdoa, anak sedang berusaha untuk majukan diri. risau terlalu tegas akan memberi kesan..tapi dunia sekarang, terlalu besar pancarobanya..silap langkah, mcm2 perkara boleh terjebak..ilmu agama sudah diberi, nasihat sudah terucap tapi ada juga yang tersungkur.
itulah hebatnya dunia kala ini.tiada non-stop dalam kehidupan, adakala ada naik, ada turun.. dikata disini, disayang disana..silaturahim yang terjaga ada kala juga goyah bila hati mula disaluti titik hitam.. istiqamah dalam diri juga ikut tergoncang,tapi bila ada kualiti +kuantiti dalam diri insyaALLAH pasti istiqmah akan terjaga..hati dibasuh dengan iman, bibir dibasahi dengan zikir. bila jejari mula berbunyi tik..tok.. otak pantas saja bergerak mencari kata-kata..sesungguhnya, masa yang ada ni, adalah masa yang dicuri sedikit dari masa yang banyak itu..semoga dapat menghilang segala kekokkan bila kembali kelak..masa yang ada ini , waktu yang terluang ini, minit yang berjalan ini semuanya adalah anugerah ALLAH, kerana saat ini kita ada semua ini, bila saat, waktunya sampai kelak ada kah lagi semua ini...