berkongsi ilmu..

BOLEHKAH PUASA QADHA' CAMPUR PUASA 6 SYAWAL?
JAWAPAN:
Secara ringkas permasalahan ini merupakan khilaf di kalangan para ulama. Namun menurut fuqaha' mazhab Syafi'ie berpendapat bahawa harus(dibolehkan) menggabungkan antara puasa wajib seperti qadha', nazar dan kafarah dengan puasa sunat, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti di dalam kitab "al-Asybah wa al-Nazair":
.صام في يوم عرفة مثلا قضاء أو نذرا، أو كفارة ; ونوى معه الصوم عن عرفة، فأفتى البارزي بالصحة، والحصول عنهما
Maksudnya: Seseorang yang berpuasa pada hari Arafah contohnya untuk (niat) qadha' atau nazar atau Kaffarah dan dia berniat bersamanya puasa (sunat) Arafah, maka al-Barizi memfatwakan ia adalah sah dan mendapat kedua-duanya(pahala qadha' dan sunat).
(الأشباه والنظائر للإمام السيوطي, الكتاب الأول في شرح القواعد الخمس التي ذكر الأصحاب أن جميع مسائل الفقه ترجع إليه. باب ما يترتب على التمييز: الإخلاص)
Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi'ie, namun pahala yang dianugerah tidak sempurna jika tidak dilakukan secara berasingan, iaitu puasa qadha' dan sunat tidak digabungkan tetapi dilakukan pada hari yang berlainan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam karangannya "Nihayah al-Muhtaj":
ولو صام في شوال قضاء أو نذرا أو غيرهما أو في نحو يوم عاشوراء حصل له ثواب تطوعها كما أفتى به الوالد تبعا للبارزي والأصفوني والناشري والفقيه علي بن صالح الحضرمي وغيرهم، لكن لا يحصل له الثواب الكامل المرتب على المطلوب لا سيما من فاته رمضان وصام عنه شوالا لأنه لم يصدق عليه المعنى المتقدم،
Maksudnya: Jika seseorang berpuasa di bulan Syawal untuk tujuan qadha' atau nazar atau selainnya, atau seperti berpuasa di hari Asyura, maka dia akan dapat pahala puasa sunat sepertimana yang difatwakan oleh bapa saya(Syahabuddin al-Ramli) sebagai susulan (fatwa) dari al-Barizi, al-Asfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Soleh al-Hadrami dan selain mereka. Tetapi tidak akan dapat pahala yang lengkap disebabkan perkara yang dituntut(puasa yang berasingan), lebih-lebih lagi sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan kemudian menggantikan ia di bulan Sy
awal. Ini kerana ia tidak bertepatan dengan makna yang terawal.
(نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج للشيخ شمس الدين الرملي, كتاب الصيام, باب صوم التطوع, فصل إفراد الجمعة بالصوم)
Menurut fatwa Imam al-Ramli di atas menunjukkan bahawa lebih afdal puasa qadha' dilaksanakan secara berasingan untuk mendapatkan puasa yang lengkap lagi sempurna.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa tidak sah digabungkan antara puasa sunat dan qadha' berdasarkan amalan Saidatina Aisyah Radiyallahu 'anha yang melewatkan puasa qadha' beliau pada bulan Sya'ban, seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Aisyah berkata:
كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.
Maksudnya: "Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya'ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam."
Saidatina Aisyah RA seorang yang kuat ibadah termasuklah berpuasa, tidak mungkin beliau meninggalkan puasa 6 Syawal. Penangguhan puasa qadha oleh Aisyah RA menunjukkan bahawa beliau tidak mengabungkan antara puasa qadha' dan 6 Syawal. Jika Aisyah menggabungkan kedua-duanya nescaya beliau tidak perlu menangguh puasa gantinya.
KESIMPULAN
1) Puasa gabungan antara qadha dan 6 syawal diharuskan menurut ulama-ulama mazhab Syafi'ie.
2) Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi'ie tetapi ganjaran atau pahala puasa tidak sempurna, kerana lebih afdal dilakukan pada hari yang berlainan.
3) Ramai(majoriti) di kalangan ulama feqh kotemporari berpegang kepada pandapat yang tidak mengharuskan puasa gabungan antara qadha dan sunat.
4) Puasa yang berasingan tanpa digabungkan niat puasa qadha dan sunat adalah amalan yang lebih tepat dengan kehendak hadith Saidatina Aisyah RA, oleh kerana itu ia dihukum sebagai lebih afdal oleh ulama Syafi'iyyah.
Wallahu A'lam
Abu Ruqayyah Ba 'Alawi
Abu Isa AlFadani

semua ini hak ALLAH..

Assalamualaikum..bila mana rezeki itu di perkatakan, maka rezeki itu merangkumi pelbagai perkara.. rezeki itu ada dimana saja.. Anak, kekayaan, kesihatan dan ilmu juga merupakan rezeki yang didambakan setiap insan..mungkin setengah manusia itu menganggap rezeki dari segi matrial itu sudah cukup apa lagi yang diperlukan dalam kehidupan, tetapi adakala kita lupa siapa yang empunya dan pemilik mutlak sumber rezeki itu.. Tanpa doa, usaha dan tawaduk dalam mencari rezeki yang halal, adakah kehidupan itu akan tenang..Bole saja Allah menyempitkan apa yang kita miliki..sesungguhnya rezeki itu mmg hadiah terbaik dari ALLAH untuk setiap hambanya, maka nikmatinya dengan rasa syukur sentiasa..kala kita masih lagi didalam bulan syawal, maka ini juga dikatakan rezeki..bilamana ALLAH memanjangkan umur kita hingga dapat menyambut syawal lagi tahun ini..dan sesaat kita berfikir sejenak,renungkan..jangan biar diri taksub dalam pembaziran.. dengan bersederhana dalam apa jua perkara....agar kita dapat merasai sesungguhnya masih ada insan lain yang sedang dalam kesusahan..nun jauh disana, saudara kita hanya ada setitis airmata untuk melengkapakan sambutan syawalnya..kita tidak akan mampu memberi kpd semua insan ,tetapi kita mampu memberi mereka doa ,dan yakin bahawasanya ALLAH sentiasa ada membantu dan melindungi hamban-hambanya.. 




kaya kah kita..

kita rasa kita kaya bila mana harta setinggi gunung 
tapi kita lupa harta itu ada pemilik-nya
yang kekal dan abadi
kita rasa kita bijak,sehingga merasa riak dengan apa yang dimiliki
tapi kita terlupa siapa punya bijak itu..
siapa punya kepandaian itu..
jangan dilihat berapa banyak harta yang terkumpul..
jangan egois dengan kecerdikan yang dikurniakan
jangan terleka dengan hidup duniwi..
kelak ianya hilang dalam sesaat..
jaga hati..jaga segalanya
kerana ianya bukan milik kita
tapi milik ALLAH..

hijrah syawal kesinambungan ramadhan...

Alhamdulillah...syukur atas segala rahmat ALLAH kita dapat sampai ke bulan syawal ini..syawal ke7..semoga kesinambungan roh kebaikan ramadhan dan syawal ini akan dapat diteruskan hingga ke jannah kelak.. keikhlasan maaf disyawal ini akan diberkati dan diredhai ALLAH..sesungguhnya keikhlasan itu rahsia kita dengan ALLAH..tangan dihulur maaf dipinta,jika ada yang tersimpul harap dapat dileraikan..jika ada salah dan silap harap dapat dimaafkan...