itu ini bulan ramadhan...

Alhamdulillah, dah masuk 3 Ramadhan dah...pahala kita cari dosa kita cuci bersih, InsyaALLAH...

Masuk hari ke3 ni kaki tak lagi jejak kebazar ramadhan, harap2 sampai kepenghujung ramadhan, kalau terjebak tak tahu lah apa cerita ye, berapa rm agak2 melayang..bulan puasa dengan cuaca yang agak panas, semangat ni lagilah kena kuat kalau tak,opppssssssssss

 jangan nak salahkan syaitan pulak, syaitan dah lari jauh2 sebab takut akan kedatangan bulan mulia ni,



tapi hati n nafsu pulak yang memainkan peranan, apatah lagi bila kaki mula melangkah ke bazar2 ramadhan.. mata dan hati dah bersatu, nak yang itu, nak yang ini..hati2 wahai manusia..


tak salah nak kalau nak membeli apa yang nak di makan, tapi adakala kita ni terlalu ikut nafsu membeli juadah berbuka, bila waktu berbuka  70% mesti tak habis pun di makan, sekadar keinginan dan teringin nak membeli..makan ye tak lah seberapa...so, untuk aku dan orang sekalian diluar sana, hati2  membeli juadah bebuka puasa.. berjimat cermat lah selagi kita masih mampu berjimat, nafsu syawal belum campur lagi... 

selamat berpuasa!!!!!!!..............

ke puncak menara tertinggi..

my baby girl dah besar lah...rasanya baru semalam kamu lahir, dan tangan ini yang memimpin tangan tak kala bila kaki mu mula hendak bertapak...dan kini kaki kecil sudah besar dan langkah mu mula menjauhi..jauhi keluarga mu bukan kerana marah tapi kerana ingin menyambung pelajaran mu dan mencapai cita2 yang telah lama diimpikan..

memasuki alam pengajian tinggi dan bergelar mahasiswa merupakan satu saat yang diinpikan oleh mu...

doaku sentiasa mengiring mu wahai anakku..
jagalah solat mu, kerana itulah ilmu tertinggi yang ALLAH kurniakan..
jagalah aurat mu dari pandangan mata bukan mahram mu...
jagalah setiap langkahmu kerana ALLAH sentiasa melihatmu..
jagalah kehormatanmu kerana engkau sedang membawa nama ayah mu...

Ahlan Wasalan Ya RAMADHAN 1434H....

Assalamualaikum, Alhamdulillah, syukur rahmat ALLAH dan izin ALLAH aku diberi lagi kesempatan untuk menjalani ibadat puasa yang penuh barakoh. Semoga Ramadhan kali ni memberi seribu rahmat keatas aku dan keluarga. Apa yang lebih hebat dari sebuah keluarga yang didalamnya penuh dengan keberkataan ALLAH. Dalam meniti hari hari dan menikmati ramadhan setiap tahun, dan tahun ni genap seabad aku dapat merasai nikmat Ramadhan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Bulan rahmat bulan keampunan, betapa beruntung aku dan semua insan dimuka bumi ALLAH, ini lah bulan yang ALLAH janjikan bermacam ganjaran dunia dan akhirat. Tapi adakala manusia itu sentiasa alpa akan nikmat dunia ramadhan itu dari nikmat akhirat kelak. Dan aku, berharap RAMADHAN kali ni akan dapat ku jalani dengan kesihatan yang baik bersama2 keluarga tersayang.


أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maksudnya: Permulaan (awal) Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya (penghujungnya) pembebasan dari api neraka.



SALAM 1 RAMADHAN 1434H...