jumaat dah..

Assalamualaikum...

mulakan hari dengan Bismillah...disudahi dengan Alhamdulillah...
sebelum mulakan sesuatu jom kita baca doa untuk hari jumaat yang indah ini okey semoga semua dipermudahkan ALLAH...IN SHAA ALLAH...

Dah baca ke semuanya...Alhamdulillah..
dengan cuaca mendung dan hujan renyai-renyai kat luar sana, apa perkara terbaik yang ptt dilakukan..
of coz la tido..hehehehe(tak mo fikir lain okey!!!!)..semalam berjaga sebab nak habiskan baca novel..
rasanya nilah novel yang mengambil masa lama untuk dihabiskan...huhuhuhu..minggu ni memang minggu yang sibuk, dengan persiapan hari keluarga keesokan harinya, oppss...sok lepas subuh dah kena gerak awal..aaahhhh..kena korban tido ag...tido tak teratur minggu ni, sampai migrain asyik datang tanpa diundang... semalam sempat ag cal makcik2 sekalian alam tu,tanya perkembangan terkini nun disana.. 
hahahahahahah....(gelak jahat wei..) maunya tak gelak,esok nak bertolak,kamis dah pack bj, tabik la..yang sebenarnya teruja nak bercuti ramai2...kan...kan...kan...apa pun korang memang sempoi habis...yang tak bole tahan tu, aku cal dia orang sebenar nya nak buat kutipan khas untuk hadiah bonda, ayat yang buat aku rasa kelakar tu " kutip lagi" a lo..alo..cian nya,nak cam ne, korban lak ckit,buka untuk sape pun.. pahala tu..pahala tu...itu lah nama nya keluarga , yang aku fahami sejak 2dekad ni, kau kata aku, aku kata kau.
tapi semua itu bukan kudis yang boleh bernanah kat hati. itu semua kata-kata dan cara kita untuk mengeratkan silaturahim..cara kita berbeza tapi arah dan niat yang tulus ikhlas...korang semua memang yang terbaik..dan sesungguhnya aku bertuah menjadi salah satu ahli keluarga JAMIAH'S...okey lah nak chow..aku pun nak juga pack baju..3h2m tu...uuuuiiiiii....lama gileerrrr...lama la sangat..hahahahahah... kita jumpa report akan datang....

kemana menghilang

Assalamualaikum

hai saudara ku, terima kasih atas kasih mu
aku terima mu seadanya
tanpa perlu mencatit segala 
kelemahan mu
kau ada dikala aku ada

kita bertemu hanya sesekali
tapi ada ikatan yang kuat mengikat kita
bila kau terasa sakit aku turut merasanya
kita bersama dikala senyum dan sedih
kita ketawa bersama jika ada yang lucunya

hai saudara ku, kau ada dimana
sayangnya ikatan ini kita semakin jauh
sejak kebelakangan ni kau semakin menyepi
kau seolah-olah hilang bila saat aku memerlukan

hai saudara ku,kemana kau  menghilang
adakah kau terlalu sibuk dengan dunia mu
sehingga lupa aku disini sebagai teman dan saudara mu
sedikit demi sedikit masa mu hanyut dibawah gelombang duniawi

kau lah teman kau lah saudara
tapi sayang itu hanya tinggal sepi dibawah arus kesibukan
hidup mu semakin jauh 
tapi percayalah bila saat kau memerlukan aku
aku sentiasa ada disini menanti dan menanti...

ibu ku kaulah permata...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi mengasihi...SubhanALLAH...Alhamdulillah..Allhuakhbar..


 Buat wanita yang ku gelar IBU
terima kasih ku utuskan untuk mu..
atas segala pengorbanan mu
tidak terbalas olehh ku

dikala air mata mu berguguran
aku hanya mampu jadi pemerhati
kau  sering melawan arus untuk membesarkan aku
menongkah badai mencari rezeki

gengaman tangan mu sekuat hati
untuk mempertahankan bekalan untuk anakmu
kau pulang disaat camar mula pulang senja
kau balut luka dihati mu dengan senyuman untuk anakmu

setiap langkahmu adalah pahala
setiap derita mu ada hikmahnya
wahai ibu ku
kaulah permata
kaulah sumber kasih sayang
kau lah teman setia ku...

membina keluarga sakinah...

Assalamualaikum, setiap manusia itu pasti melakukan kesilapan, begitu juga sebuah keluarga.. Untuk membina sebuah keluarga yang sakinah mawaddah warahmah memerlukan sebuah kekuatan iman yang boleh menghalang segala godaan dunia yang semakin mencabar ini..

Setiap hari dalam hidup ada saja cabaran mendatang, tetapi bila difikirkan itu itu semua hanyalah cabaran kecil.. Cuba kita berfikiran sejenak apa yang harus kita lakukan untuk mendekatkan diri dengan ALLAH. Kalau ALLAH sudah mencintai makluknya, IN SHAA ALLAH segala urusan akan dipermudahkan, begitu juga dlam soal membina sebuah keluarga yang kita ingin kan. Dan untuk menjadi sebuah rumah yang disukai ALLAH harus lah ada perkara yang disukai ALLAH didalamnya, bukannya setakat melakukan yang wajib tapi soal yang kecik kita abaikan. Sentiasa merasa bersyukur dengan setiap apa yang kita ada tanpa perlu mewar-war atau bersikap riak, kerana semua itu perkara yang tidak disukai olehNYA... Bina lah sebuah rumah yang sangat disukaiNYA, cukupkan segala perisa dalamnya. Bohong jika setiap rumah itu tiada badai, tapi jika kita berbalik padaNYA, percaya padaNYA dan bersikap sabar dalam menghadapi dugaan mahupun rintangan yang diturunkan, makin kita kenal siapa ALLAH kita,makin kita merasa tawadhu pada segala yang berikan dalam bentuk apa jua perkara.. Dalam sebuah rumah juga memerlukan sifat saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.. Mengluarkan kata-kata yang baik mampu membuat kita saling menghormati antara satu sama lain.. Tidak perlu ada batas umur bila ingin menasihati antara ayah dan ibu,suami dan isteri , maupun anak dan kedua orang tua.  Nikmati setiap nasihat itu adalah rezeki untuk membina iman yang kukuh.. Hidup hanya sekali dan sebentar cuma, maka hargai apa yang kita miliki dengan membina sebuah rumah yang didalam nya ada cahaya sakinah, mawaddah dan wa rahmah.. Bila saat diri ingin berubah maka lakukannya kerana ALLAH...Kesimbangan dan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat  menjadi titik permulaan untuk semuanya..








bp to muar...

Assalamualaikum,syukur Alhamdulillah atas segala yang kerahmatan yang ALLAH beri...

Sepanjang minggu ni mmg agak malas c kit nak menulis, Nak menulis ni,tak kisah lah seorang novelis atau penulis yang berkaliber, semuanya memerluakan idea atau isi penting untuk menulis, yang penting keinginan menulis itu ada.. Adoiiiii....apa lah melalut pasal nak jadi penulis ni..rasa nya hari ni hari penat sedunia..(yg ni jgn percaya sangat).keluar rumah seawal pagi nak pi jemputaan kawin rumah makcik belah suami kat muar,sebelum tu kena jumpa mak mentua kat tol pagoh kemudian gerak sama2... Apa yang best jam 10am dah layan cendol dan soto terbaik dekat bukit gambir,muar... alamak,dah kenyang mcm mana nak pi jemputan ni,perut dah kenyang, mata apa lagi,huhuhuhu..time2 mcm ni lah sedap tidor hahahahhah...yang ni best c kit bila dah jumpa group kaki-kaki gosip apa lagi layannnnn....namapk gayanya sok br dapat masukkan acara penuh untuk family day..malam ni saja nak lepas rindu kat my BLOG...apa lagi merepek marhaban la...okey lan..jom tido..sok kita sambung lagi...chop..chop..Jangan lupa baca doa sebelum tido..surah ikhlas 3x..selawat nabi dan berzikir sebelum tido okey...

anak buah dan makcik2 the vouge..mak mentua pun join the group..heheheh




 pak cik zaini dengan kereta baru tu....
 sibuk nak ambik gambar,kata nya nak letak gambar kat fb...belum ada gambar ag...cian nya...