bebaskan diri...

Assalamualaikum,salam untuk semua,semoga ALLAH sentiasa memberkati dalam setiap perjalanan kita untuk mencari sebuah keluarga yang bahagia.. IN SHAA ALLAH..Sementahlah kita masih didalam bulan kelahiran NABI JUNJUNGAN kita, marilah kita sama-sama berselawat keatas NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW.....

Esok jumaat 01hb Feb 2013 bersamaan 20 rabiul'awal 1434H, dalm diam kita sudah pun memasuki bulan kedua untuk tahun ni, Alhamdulillah kita dapat menikmati kehidupan didunia ini berbekalkan segala nikmat ALLAH. Dalam meniti hidup seharian adakala kita menghadapi bermacam masalah dan tekanan, pada saat sebegini tiba hanya ALLAH sahaja menjadi tempat bergantung.. Nescaya kita tidak akan rugi walau sesaat.
Memang mudah untuk berkata tapi bila saat diri sendiri menghadapinya, terasa diri diri begitu payah untuk melakukannya.. Disinilah titik permulaan untuk menjadi seorang yang pemaaf dan memiliki hati yang luhur dalam menglangkau hari mendatang dengan penuh keyakinan diri yang tinggi dengan lapang dada..Nikmati hari ini dengan rasa syukur dan terima segalanya dengan seadanya..hayati artikel dibawah ini dan fahami..


KISAH LOBAK,TELOR DAN COKLAT PANAS

 Nur Izzah, seorang pelajar undang-undang di Kolej Safir merasakan hidupnya tertekan kerana silih-berganti masalah yang perlu dihadapinya. Sudah sampai tahap ‘horror’. Maka, Nur Izzah pun mengadu hal ini kepada bapanya, seorang Chef tersohor di matadunia, bernama Chef Jay.
Di dalam dapur yang sentiasa berasap, Chef Jay mengambil 3 biji periuk ‘stainless steel’ yang berisi air paip dan memanaskannya di atas dapur gas yang kuat apinya.
Nur Izzah kelihatan bingung melihat gelagat ayahnya, Chef Jay itu. Apabila air di dalam periuk tersebut kelihatan mulai menggelegak, Chef Jay memasukkan lobak merah, telur ayam kampung dan 5 sudu besar serbuk coklat panas jenama Galaxy ( memang sedap), setiap satunya ke dalam periuk yang berasingan.
Nur Izzah menarik muka masam. Dia tidak merasakan ayahnya memahami masalahnya. Selepas beberapa ketika, Chef Jay mengangkat lobak merah dan telur ayam kampung ke dalam dua mangkuk dan menuangkan coklat panas ke dalam gelas. Dialog antara ayah dan anaknya pun bermula.
Chef Jay : Apa yang Izzy (nama manja) nampak?
Nur Izzah : Lobak merah, telur ayam kampung dan coklat panas…
Chef Jay : OK… cuba Izzy rasa lobak merah, kupas telur ayam kampung dan hirup sedikit air coklat panas tu… lepas tu… beritahu ayah apa yang Izzy rasa.
Nur Izzah : Hmmm… lobak merah tu lembut dan senang dikunyah, telur ayam kampung tu sebelum masak dalamnya cair (mentah) tapi bila dah rebus jadi keras dan yang paling sedap air coklat panas tu yang begitu enak ketika panas. Tapikan… kenapa ayah buat macam ni???
Chef Jay : Sesungguhnya, dengan memasak pun boleh menyelesaikan masalah Izzy tu. Ketiga-tiga bahan tu memberikan tindak balas yang berlainan terhadap air panas yang menggelegak. Lobak merah yang pada mulanya keras menjadi lembut bila direbus. Telur ayam kampung pada mulanya isi dalamnya cair, tetapi menjadi keras apabila direbus. Coklat panas itu pula tidak enak dimakan begitu sahaja, tetapi enak diminum panas-panas apabila dibancuh dengan air panas.
Nur Izzah : Jadi apa kaitannya dengan masalah Izzy ni? Izzy tak faham.
Chef Jay : Air yang panas menggelegak itu umpama semua masalah Izzy dan ketiga-tiga bahan itu menggambarkan yang mana satukah Izzy nak jadi. Jangan jadi seperti lobak merah, pada mulanya keras (kuat) tetapi lembut (lemah) apabila di rebus di dalam air panas (masalah).
Jangan jadi seperti telur ayam kampung isi dalamya cair (umpama hati yang lembut dan boleh di bentuk), tetapi apabila direbus menjadi keras (hati menjadi keras umpama batu) walaupun daripada luar kelihatan masih sama. Jadilah seperti coklat panas itu, menukar air panas itu dan menjadi air coklat panas yang enak.
Begitulah Izzy yang sepatutnya, jadikanlah masalah itu sesuatu yang memberi manfaat dan pengalaman yang berharga di dalam hidup, moga-moga kita lebih matang dan bijak menghadapi masa hadapan.
Nur Izzah menitiskan air mata terharu mendengar nasihat ayahnya itu… Seakan-akan muncul semangat baru di dalam diri Nur Izzah untuk terus mara ke hadapan.
Sahabat-sahabatku sekalian…
Ujian adalah Tarbiyyah daripada Allah s.w.t.
Berilah pertolongan kepada mereka yang bermasalah walaupun hanya sekadar mendengar masalah mereka.
Moga-moga kita dirahmati Allah s.w.t. Amin…

teropong melaka...

Assalamualaikum..,lately ni mmg tak sempat nak up date apa2, jengah mmg jengah tapi bila buka blog tak tahu nak tulis apa.. Otak rasa kosong bila nak menulis(bila tengah bc novel br mmg malas c kit nak menulis yang sebenarnya), mesti family tertanya kenapa tak up date apa2 pun ttg acara family day next week..sorry la to u all, dah taip tapi tak post ag, setiap hari ada saja perancangan yang berubah so nak up date mcm mana.. Kita merancang tapi ALLAH yang tentukan, so aku dicide tak buat dulu nnt ada pula percangahan masa..payah nak beri penjelasaan..so..so..hari ni aku just masuk kan tempat menarik kat BANDAR MELAKA yang boleh kita lawati masa HARI KELUARGA nnt..yang paling penting you all semua berSABAU...

jom kita belajar Sejarah Melaka dulu...flash back apa yang kita belajar kat sekolah..heheheheh...



Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.


Muzium Samudera terletak di jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter panjang dan 8 meter lebar


Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930.

Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut.Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.


Pancuran air ini dibina pada tahun 1904 sempena memperingati pemerintahan jubli Ratu Victoria. Terletak di tengah-tengah Dataran Belanda, Pancutan Air Ratu Victoria ini masih lagi berfungsi dan telah menjadi tumpuan utama para pengunjung yang datang melawat bandaraya bersejarah ini.


Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar dan merupakan pulau yang terbesar sekali di Melaka.  Ia merupakan sebuah pulau di luar pantai Melaka. Terletak 15km daripada Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri  disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.


yang ini kita tak belajar lagi tapi ianya pengetahuan AM ok....anak2...
masjid selat merupakan masjid yang terbaru dan terkini di melaka. Ianya dibina di PULAU MELAKA dan terletak ditepi SELAT MELAKA yang merupakan selat tersibuk dan terpanjang didunia.Masjid selat ini dibina di tengah2 kawasan pusat perniagaan di BANDAR HILIR