setelah sekian lama...

Assalamualaikum..selamat petang and happy weekends...nampaknya hujan tiada tanda nak berhenti dari petang semalam, selepas solat jumaat hujan mula turun sampai petang ni lansung tiada reda nya..hujan kan rahmat ALLAH..so jangan merungut bila hujan turun...Alhamdulillah...dari semalam hati ni rasa teruja sangat, nak bercerita tapi LINE plak buat hal...ikut kan hati ni,hai..tak tahu lah apa jadi...sabor je lah...sambil menunggu loading aku sempat juga nak edit edit gambar dan tarikh harijadi .. tapi ini pun buat hal juga,dah edit edit,huruf terkecil lah, terlupa lah..macam2 hal..tapi sebenarnya hati yang gundah sangat nak jumpa family dari sabah sampai otak ni concern satu perkara je... hai..lama sangat tak jumpa, maklum lah bila dah jadi isteri orang ni, syurga tu di tapak kaki suami,tapi be honest memang rindu teramat sangat dekat my mummy...walaupun tak jumpa, itu bukan bermakna memutuskan silaturahim,zaman nikan zaman canggih, tak jumpa face to face pun bole berhubung guna skype..so,nak jadikan cerita family dari sabah ada kinda of wedding anak buah kat klang so kiranya nak jumpa petang or maybe esok pagi, apa pun tunggu en hubby sampai petang ni...wow..wow..harap harap semua nya berjalan dengan lancarlah nanti..IN SHAA ALLAH..ok lah tadi nak cerita c kit je, tapi bebelnya ni dah panjang sangat pulak...sambil sambil mengemas baju ni jom  minum petang...


fenomena durian crepe..sampai satu rumah bau durian...


p/s ; kalau ada silap taip tu faham2 je lah ye..doakan saya...







usik usik utusan di petang jumaat...

Dah balik solat jumaat ke? Alhamdulillah..jangan tak pegi tau, dosa nnt..nak baca apa hukum orang tak pi solat jumaat???...ehm..tak nak..ahhhh..tahu takut..Orang yang sampai awal ke masjid untuk menunaikan solat jumaat besar pahalanya...jadi rajin..rajin..dan ringankan lah kaki tu untuk melangkah awal ya..Alhamdulillah.

esok dah sabtu, dah masuk minggu k3 anak-anak kita sekolah..pejam..celik..pejam..celik..dah nak sampai penghujung bulan januari dah...cepat nya masa berlalu..ehmmm..nak release tension jap..jom bc ni..dan nilai sendiri.....












SALAM MAULIDUR RASUL 1434H....

Assalamualaikum..Hari berganti hari, dan kini kita sudah sampai ke Jumaat minggu ke3 dalam bulan Januari, Alhamdulillah, apa yang kita miliki hari ini dan hari mendatang adalah kepunyaan ALLAH yang hanya pinjaman sementara buat kita,sementahlah kita masih lagi bernafas dimuka buminya.. Hargailah setiap kehidupan ini, pahit manis. silih berganti, mungkin hari ini semuanya berjalan dengan baik sekali,tapi siapa yang tahu apa akan berlaku hari esok.. Berdoa pada ALLAH semoga apa yang kita miliki sekarang akan kekal hingga kala mata terpejam..tetapkan kalimah tauhid dan hidayah dijiwa kita semua..IN SHAA ALLAH..

Selawat Salam keatas Nabi junjung Mulia Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat dan keluarga baginda... Sempena kedatangan MAULIDUR RASUL 1434H, sama-samalah kita menambahkan kecintakan kita kepada Nabi kita dengan semarakanlah Hari Kelahiran Baginda dan sentiasa mengingatinya dan berselawat keatasnya.

Jadikanlah  Nabi kita sebagai 'USWATUN HASANAH', kerana baginda adalah sebaik baik suami, ayah , peniaga dan pemimpin yang teringgi.. kerana ALLAH SWT telah menciptakan Rasulullah SAW  menjadi seorang manusia yang paling sempurna dan agung.. semoga kedatangan hari mulia ini juga  kita akan menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W yang mematuhi segala perintahnya, sentiasa menjadi umat yang beriman.. merindui sirahnya. mengasihi dan mencintai saudaranya dan sentiasa mengingatinya dengan berselawat keatasNYA...





orang jawa yang tak suka membazir...

kalau cerita pasal makan ni kadang memang seronok tau..makan untuk hidup..hidup untuk  makan ...chop..chop..adakah falsafah mcm tu...of coz lah ada,tapi tak kan nak bgtahu falsafah sape..adalah..heheh.. Lagi satu ni,napa melalut pagi2 tak tido ni..tu la pasal, nak ceritakan, hari ni kurang sihat c kit, lepas share masakan baba pg td,  terus tidor..bila  migrain datang meyerang  memang mcm nak pecah kepala otak wei..,so nak jd cite seharian tido je, bila dah malam mcm ni jadi lah si burung hantu...lagi pun menulis time mcm ni tenteram c kit kurang gangguan...

 hahahah...sesuai sangat..burung hantu yang comel..

ok..ok..stop kita pi ke tajuk utama la..napa tajuk mcm tu pasti ada sebabnyakan..
sejak dua dekad  jadi menantu orang jawa ni apa aku lihat dia orang ni memang tak suka membazir.. Apatah lagi bila berkaitan dengan makanan, tak payah nak cari contoh yang jauh, mak mentua aku sendiri,memang seorang keratif bila bab memasak dan makanan...kebiasanya kita akan membuang makanan dari tempat pengantinkan..kalau simpan pun bukannya nak dimakan. Tapi kalau mak mentua,dia akan basuh ayam dan daging dari tempat penganti tu kemudian masukkan peti sejuk,esoknya keluarkan goreng lepas tu di racik2 masak mcm sambal tumis letak kentang dan santan..enak tenan(jawa inggeris memang mcm ni ejaannya)hahaha..kalau aku bagitahu nasi minyak atau nasi beriani bole buat nasi goreng ada yang percaya tak...ah..tu la keratif nya mak mentua i..hehehe..sesiapa nak rasa cuba lah buat sendiri kat rumah... 
kalau nak tulis banyak sebenarnya..tapi setakat ni je lah..esok pagi ada yang terlewat bangun..


kesungguhan mak mentua menyediakan lemet @ lepat ubi atas pemintaan anak2 nak makan...
tgk la pembantunya tu.uuuiii semangat U..(gambar ni ambik penghujung tahun 12,bukan nak cerita ttg makanannya ttapi semangat mak mentua menyediakan lemet tu walaupun dah uzur dia tetap buat juga sbb anak nak makan..renung..renung.kan..)

ini adalah antara makanan orang jawa yang cukup popular..

sambal goreng...


thanks to mr goggle bg pinjam gambar




Resepi Baba Nyonya

KARI AYAM TANPA SANTAN

JOM CUBA RESEPI ORANG MELAKA...NAK PI NEGERI ORANG KENA LAH MENCUBA MASAKAN MEREKA..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan
toskan
3 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam
2 biji tomato, belah 2 setiap satu
1 keping asam gelugor
1 camca besar pes tomato
1 1/2 camca besar cili kisar (nak pedas sila tambah)
4 camca besar penuh rempah kari daging Baba's
Air secukupnya
1 kiub pati ayam "MAGGI" (optional)
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup


BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari, dilurut
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih


CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan
tumis hingga harum, tambah cili kisar dan pes tomato, tumis hingga
garing, guna api kecil. Masukkan Bahan kisar halus + rempah
kari tadi. Kacau rata dan tumis hingga rempah garing dan terbit
minyak. Kacau selalu.

2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut dengan rempah
tadi. Masukkan kentang (toskan). Gaul. Tuang air secukupnya.
Biar mendidih. Masukkan kiub pati ayam jika guna. Tambah asam
gelugor dan masak hingga kentang empuk.

3. Tambah garam secukup rasa da sedikit gula. Masak sekejap
lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Masukkan tomato belah
dan biar sekejap hingga tomato masak dengan wap panas. Boleh
hidangkan bersama nasiroti jalalempeng atau pun roti..


THANKS TO ; http://www.apesal.com/rd/35703/0/sarapan-rm2-makan-tengah-hari-rm4-di-melaka/

Cicit perempuan pertama Puan Hjh. Jamiah..

Dalam terbukaan fitrah insan seperti kita semuanya sudah pasti mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penyambung waris. Tiada kata yang mampu untuk diluah atau mengambarkan kehadiran insan wangian syurga ini. Terima kasih ALLAH kerana menjadikan kami insan yang sangat bahagia dan merasa bersyukur atas nikmat menjadi seorang ibu...

SYUKUR ALHAMDULILLAH PADA TARIKH 8HB JAN 2013,CUCU PERTAMA PUAN HJH JAMIAH HJ. SIDIN, PUAN MUZLIZAWATI  SELAMAT MELAHIRKAN CICIT PEREMPUAN PERTAMA.. TAHNIAH DARI KAMI SEMUA AHLI KELUARGA PUAN HJH. JAMIAH UNTUK  LIZA DAN PASANGAN EN.ESZEREN RIZAL..DAN TAK LUPA SELAMAT HARIJADI BUAT ALONG LIZA(5HB JAN) DAN ESZEREN RIZAL(7HB JAN)...




BABY LIZ ZULYKA ESZEREN RIZAL,3.01KG

AJK family day 2013....

orang- orang kuat yang akan menjayakan persiapan family day '13.


pengerusi tetap duduk je bc surat khbar..semua tugas anak buah uruskan...hahahahah

Pengurus Family day '13..En. Zairul
(maafkan kami..maafkan..kami)
masa upload gambar ni,asyik ketawa je..bayangkan jeli marah sbb upload gambarnya yang kurang hansem ni..hahahahahah..(gambar ni damia yang ambik)..sori lah gambar ni je yang sesuai dengan watak utama..

 Pembantu Pengurus..Puan Zila

Bendahari..Puan Zabedah Hj. Sakiman






 tgh fikir apa jawatan 4 jejaka dan seorang bapa orang ni..
yang seorang tu sah-sah..tukang kutip sampah..yang 3 ni ...ehmmm apa eh...
akan kita fikirkan..






ni bahagian
Hal Ehwal kanak-kanak..(sukanneka dah)..hahahaha
yang pasti ni bukan gambar untuk mencari jodoh...



 yang ni tidak usah dipertikaikan lagi..memang Chef2 teratak bonda..

 jawatan baru Mandur
(maaf lah ni je yang ada dalam simpanan..)gambar dolu..dolu..ni mesti perasaan muda..
dengan selamat semua tugas telah dibahagi-bahagikan, 

tahun baru 2013..

Alhamdulillah..dengan izin ALLAH, kita dipanjangkan umur untuk menyambut tahun 2013 dengan segala rasa kesyukuran.. walaupun sedikit terlewat, bila berbicara tentang keluarga tiada yang terlewat..bertambah tahun maka bertambah lah umur kita semua. semoga bertambahnya umur yang ALLAH beri ini maka bertambahlah segala kasih sayang antara kita, jika esok antara kita sudah tiada tapi perasaan persaudaraan itu utuh di hati kita. Tak kisah lah dimana kita lahir, sekaya mana lah kita, sehebat mana lah jawatan kita , pangkat apa pun kita miliki  tapi bila saat kita lupa silaturahim itu maka ALLAH pasti tidak menyukainya. aku bukan nya bermonoloq dan bukan nya berbicara tanpa hati, tapi ini adalah hakikat sedikit demi sedikit terjadi disekeliling kita.. Dengan nama ALLAH kita sama-sama berdoa semoga kita dapat menjaga silaturahim ini dengan seikhlas hati, lumrah manusia sedkit terluka dan terlupa antara manusia tidak mengapa tapi bila saat kita lupakan ALLAH yang cintakan silaturahim maka kita akan kehilangan terlalu banyak perkara...IN SHAA ALLAH..kita pasti dapat menjaga silaturahim ini...

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang menginginkan rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menyambung Silaturahim.

corat-coret '12

morning..morning... c hat ke semua..semua nya..Alhamdulillah...nak mulakan apa pagi ni..ah..ah belum bagi salam kan..kat awak..awak...semua Assalamualaikum..wajib jawab tau..heheheh.. sebab awal pagi lagi keje semua sudah di beres, so apa lagi jom kita mulakan artikel terakhir 2012(artikel siot) mcm tulis novel plak.. orang kaki novel memang mcm ni(puji diri sendiri..gitu..) sambil tgk gambar tu layan lah lagu..lagu okey..


Rabu,Jun '12 - Adik mom in law yang ke 3, Wakijan bin Hj.sidin telah kembali ke rahmattullah. dikenali seorang yang kelakar dan antara adik beradik mom yang mempunyai anak seramai 13org (ramaikan,kalau tak silap lah)semoga roh alllahyarham dicucuri rahmat..al-fatihah..

Khamis, August '12 - Baby Qahliff kena tahan wad disebabkan jangkitan kuman..

Raya haji '12 -Raya haji 2012 yang lepas kita orang sambut kat Serom 04,Muar, tahun '12,Alhamdulillah family abg long buat korban..dan sedikit doa selamat untuk anak angah dan lengang perut untuk liza ngandung 7bln..Tapi tu lah family mak ngah dan family jelah tak balik,mereka..mereka sambut kat kota je..sedikit rugi masa tu tak ambik gambar pun...

khamis, Dec '12 - me and my family trip to penang..bw mom in law sekali..masa otw balik jb,hujan lebat kereta plak buat hal, nasib lah mood hubby baik tak merungut mcm selalu so mlm otw balik tu kita orang singgah Shah Alam, jumpa angah yang tak jadi pi bukit tinggi sbb ada tanah runtuh,jdnya kita bemlm lah kat hotel budget..safe budget gak..esok nya,rancang nak jumpa bell pun tak jadi,keta nya wat hal gak.(memang jodoh kita terhalang)..last decide jz pi taman burung je..tgk la burung je..nak soping..dalam list no..no..soping..redha je lah mak jemah...
kat highway mana entah..hubby br buat keputusan nak pi penang..
layan je lah...
tp budak2 tiga orang ni suka je...
pemandu berhemah tak bole toleh kiri kanan...serius gilerrrr lah u hubby...
baru sampai penang terus check-in kat heritage penang..
nak pi jalan-jalan cari makan,tapi satu penang di round no...
jalan-jalan kat bukit bendera..tak nak cite yang ni..pening-pening sangat..sangat..
seksi kan my baby boy ni(miss bell u jangan jeles tau!! kalau baca)

yang ni kat taman burung dengan family angah, cincut dan haikal..


Dec '12 -bab ni aku blurrr jap...memang lah aku lupa sangat,dari tarikh hingga hari ye, sbbnya selalu sangat buat makan..makan dan makan..family mak hjh ni memang lah suka buat makan..makan dan makan..belum abis sarapan pagi dah tanya menu tgh..br lepas tghari dah fikir menu petang..dah minum petang ni..ada lah mulut yang takde insurans nyawa tu tanya plak makan malam.. chef nan tu kalau ikut hati ye dia bautkan sambal yang pedas gilerrr tapi kan..kan chef nan tu takut dengan big boss...hahahahahah..tahu takut..tapi sjak big boss tu pindah jb memang payah dah nak balik kota selalu, sbbnya orang umah ye tahu bawa kapal terbang je, bw keta tak tahu...(sttmet berani terjun ni)...pembetulan,tahu bawa tapi 50-50...hehehe..Tapi alhamdulillah awal bulan 12 ari tu kat kota ada perjumpaan family sempena family day '13, ramai gak yang hadir,antaranya vvip yang tak berapa vvvip lah...yang tu next punya cerita.. Apa pun perkara yang berlaku itu semua yang merapatkan kan kita....(cakap belakang ada gak,,ckit..ckit sudah,raya nnt minta lah maaf)

menu tghari tu ketam..dan ketam..
bibik ni baru sampai dari jawa timur..hahahaha(sori kin..)
oh..oh..yang ni menu termonterl sekali..
ni lachef..chef sandaran..chef utama tak datang..datang..sengaja lah tu..







 baby miqa putih mcm soya bean...hansem kan..kan...

dan akhirnya sampai sudah bah kita di penutup tahun '12 bah...adoi mau pecah sudah kepala aku ini...

Alhamdulillah...Syukur atas segala rahmat ALLAH yang memberi aku kesihataan yang baik untuk menulis dan membuat ini semua...thanks to my lovely daughter amira dan my niece missz bella yang banyak bg suport untuk buat semua ini..okey next page kita masuk ke tahun baru 2013..