Bismillahirrahmanirrahim..~

Assalamualaikum...salam dihulur, wajib dijawab tau !!!... dah lama rasanya tidak mencoret dialam maya ni.. sebulan bukan lama dizaman ini. pejam celik..pejam celik hari ni dah melangkah kebulan julai, lately ni agak rasa sunyi sejak anak sulong mula melangkah kaki melanjutkan pengajiannya ke politeknik muadzam shah nun di pahang sana 3 minggu lepas. Dan kini hanya tinggal bertiga, sejak kebelakangan ni baru terasa sunyinya rumah bila anak yang 2 orang tu kesekolah, seharian dihabiskan dengan rutin harian.. Bila jadi surirumah sepenuh masa ni, ini lah kerjanya, selagi tak menjelang malam , ada saja kerja yang harus diselesaikan... Beberapa hari lagi semua umat islam seluruh dunia akan menyambut kedatang bulan yang mulia, Alhamdulillah, dipanjangkan umur dan InsyaAllah semoga kita semua diberi kesihatan yang terbaik untuk kita semua dapat menjalani ibadat yang mulia ini dengan kesabaran dalam mencari ganjaran disana kelak. Cukup lah untuk malam ni, kan ku simpan kata2 pada malam2 yang mendatang..hidup ini milik ALLAH, apa yang terkeluar dari mulut dan apa yang tertaip oleh jemari kesemua dalam perhatian ALLAH, semoga kita semua menjadi hamba yang sentiasa menjaga yang dipinjamkan ini. InsyaALLAH.. ku akhirkan dengan maaf ku pinta , apa yang terlafaz adalah dari kesilapan ku.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu.. bukan juga yang paling soleh dlm kalangan kamu.. kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, maka akn jadi sikitlah org yg memberi peringatan.." -Imam Hasan Al-Basri-