corat-coret family day's 2013..

Assalamualaikum...Alhamdulillah...syukur untuk segala yang ALLAH berikan.. Apa perkara terhebat yang mampu membuat kita tersenyum dan ketawa tak kala melihat keluarga tersayang dalam keadaan gembira dan ketawa besama-sama, itulah yang terhebat,melihat anak-anak membesar didepan mata, terasa hidup sudah terlalu sempurna, adakala airmata menitis tanda kegembiraan, sesungguhnya keluarga itu lah pelengkap segalanya... itulah ubat yang paling mujarab ketika melihat semua ahli keluarga berkumpul besama-sama. Walau pun berjauhan, titipan ucapan selamat ulangtahun tak pernah terlepas dari bibir dan tanda ingatan sentiasa menerjah dalam otak memori... bila dipandang dari sudut positif , terima kasih buat penghubung alammaya yang menghubung kan kita walaupun jauh...Dan hari ni bulan februari, akan menutup tirainya. buat ahli keluarga yang menyambut ulangtahun bulan ni selamat untuk semua semoga ssntiasa dalam keberkataan Allah...aamiin...

mungkin sedkit terkilan, kesuntukan masa, ada ahli keluarga yang tak cepat nak join bila masa gambar family ni diambil..
ada bermcm cerita dalam ni, cameraman masa tu ada tiga , tak tahu nak toleh yang mana..dan akhirnya ini la jadinya..


 banyak-banyak hantu, nilah hantu yang paling tinggi...hahahahah...


hahahahhaha.....banyak lagi gambar sukanneka yang tak di upload...tapi yang ni , pengalaman pertama untuk acara sukaneka mcm ni.memang sempoi...
ini lah juara untuk best paman yang rajin dan dedikasi....
tgk tu teruja nak bergambar sampai tak berganjak dari tembok a'famosa, nasib baik tak retak.
..malam peyampaian hadiah pemenang sukanneka...








mama mama yang yang awesome dan anak buah yang so funny..

untuk special kes saja  heheheheh
disebabkan kali ni, admin kita tak ambik gambar banyak dan sibuk urus banyak perkara , walaupun  awal dua hari dari harijadi dan ulang tahun perkahwinan nya..maka saya awalkan ucap selamatnya(mcm ucapan rasmi je)hahahahahah... 

Assalamualaikum...

Bila mood mula hilang.. fikiran pun mula blank..
Bila hidup mula dikuasai keboringan, semua jadi tak teratur..
hati melonjak - melonjak nak mencoret, tapi otak terasa kosong..
ini lah hidup, adakala menerujakan, tapi adakala membosankan...
di tambah dengan sikap orang sekeliling, hati lagi makin kaku untuk mencoret..
bukan berputus asa. cuma masih terasa..mungkin sikap tidak menghormati itu sudah tiada..
umur bukan penentu, tapi selagi kita masih tahu menghormati orang lain, selagi itu kita mengharapakn perkara yang sama... tapi itu semua terasa di telan dengan sikap angkuh..
manusia tetap manusia..Allah menjadikan manusia itu sebaik-baik, tapi mereka telupa bila hal duniawi mula menguasi..Ya...itu lah ujian, ramai yang mampu berdepan dengan sakit dan musibah tapi bila berdepan dengan sikap manusia ,  kesabaran itu mula terasa goyang....

" BUMI MANA TIDAK DITIMPA HUJAN, LAUTAN MANA TIDAK BERGELORA. BEGITU JUGA MANUSIA. TIDAK PERNAH SUNYI DARIPADA DUGAAN. UMPAMA PELANGI YANG PUNYA PELBAGAI WARNA, BEGITULAH UJIAN BAGI SETIAP HAMBA. ADA YANG DIUJI DENGAN KETAATAN, KESAKITAN ATAU MUSIBAH. ADA JUGA PERANGKAP YANG MENUNGGU KITA JADI MANGSA ...
ALLAH MAHA BENAR DAN JANJI-NYA BENAR. DIA TIDAK AKAN MENGUJI KITA KECUALI SESUAI DENGAN KESANGGUPAN DIRI.." BY USTAZ KAZIM ELIAS...