Bandaraya Melaka

Assalamualaikum..minggu lepas adalah minggu yang sibuk sangat,dengan sambutan TAHUN SAMBUTAN BARU CINA, oppsss...dan tak lupa dengan sambutan HARI KELUARGA HJH. JAMIAH'S '13 lagi..now aku tak nak sosek- sosek  tentang hari keluarga tapi tempat tuju kami kali  ni , BANDARRAYA MELAKA... 

Melaka antara negeri pelancongan yang cukup popular bagi pelancong luar negara, dari segi geografinya melaka adalah negeri kedua terkecil selepas perlis dengan keluasaan 1,650 persegi. dan populasi penduduknya adalah 830,900 org. Dan pada tahun 1989 MELAKA telah disytiarkan sebagai BANDARAYA BERSEJARAH dan pada 7 julai 2008 MELAKA diikhtirafkan oleh UNESCO sebagai MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA UNESCO. Dengan segala kelebihan yang dimiliki oleh Melaka tidak boleh disangkal lagi dengan kepesataan pembangunan yang ada telah memberi satu impak yang besar pada penduduk di Melaka dari sudut mata pencarian yang luas. Dengan jolokan negeri hang tuah melaka juga sudah cukup popular, itu adalah dari sudut pandangan positif dari antara beribu pelancongan yang datang ke MELAKA. Alhamdulillah, perjalanan kali semua berjalan dengan baik, walaupun ada sedikit yang kurang selesa tapi hakikatnya kita jangan terlalu mengharapkan kesempurnan kerana kita hanya lah manusia biasa. Sementah lah kali ini kami telah memilih melaka sebagai destinasi hari keluarga so buruk atau baik itu adalah suatu cabaran, dengan cuti CNY yang kita sedia maklum, kita sudah boleh mengagak akan kesesakan yang akan berlaku tapi siapa bole menjangka kesesakan menjadi satu masalah yang besar bagi setengah pelancong dari dalam maupun luar negara . Dan pada isnin yang lepas adalah hari terakhir kami berada dinegeri MELAKA maka  tempat utama dan wajib pergi bagi sesiapa yang datang ke Melaka adalah BANDAR HILIR, semua pasti tahu disitu lah tempat tumpuan utama semua pelancong tak kira dalam atau luar. Dan di sini lah pandangan negativi aku mula menerjah tentang keperihatinan kementerian pelancongan MELAKA tentang masalah utama di bandar MELAKA,  kesesakan lalulintas yang tidak ditangani dengan baik. Bila di teliti dengan dalam, kementerian pelancongan  MELAKA boleh menjangka perkara ini akan berlaku dan harus mengambil langkah yang baik untuk mengawal kesesakan lalulintas yang akan berlaku terutamanya di kawasan strategi seperti BANDAR HILIR,  bila mula kesesakan berlaku, ditambah dengan sikap manusia yang semua mengejar masa tanpa memperdulikan orang lain juga mampu membuat kesesakan, dengan kenderaan yang banyak, dengan sikap manusia itu sendiri yang tidak mengikut peraturan adakala mengundang bermacam perkara yang negativi. Mungkin pada hujung minggu tanpa perayaan kesesakan juga berlaku tapi bila masa bertindih dengan adanya perayaan, pastinya pihak yang berkenan dapat mengjangka akan berlalu kesesakan yang berganda..Dari satu sudut yang lain mungkin juga pihak kementerian pelancongan kurang perihatin , tapi dari sikap manusia itu juga perlu ada kesabaran dan tolaransi dalam memandu kendaraan.  jangan hanya ingin cepat sehingga mengabaikan pemandu lain..Bila difikirkan 2 hari melalui kesesakan lalu lintas dari pintu gerbang utama LITTLE INDIA hingga ke BANDAR HILIR kemudian ke DATARAN PAHLAWAN adalah satu cabaran yang bole mengugat keimanan, melihat ratusan manusian yang berlegar-legar sepanjang jalan adakala mengasyikan tapi adakala memenenigkan kepala tapi hakikatnya bila kita memilih sesuatu tempat itu kita sudah boleh bersedia dari segi mental dan fizikal tak kira dibandar besar sekali pun akan berlaku juga perkara sebegini.. 


























sebuah pegharapan...

13hbfeb2013...Assalamualaikum..Alhamdulillah rahmat ALLAH... syukur atas segala pemberianNYA..

Yang baik itu datang Allah dan setiap kekurangan itu adalah dari kita sendiri, setiap kejadian ada hikmahnya, dan setiap kejadian ada rahsia yang Allah sembunyikan..tak perlu mempertikaikannya.. kita bukan sesempurna mana. sudah tentu kita ingin kan kesempurnan tapi kita jangan lupa hakikat yang sempurna itu siapa, jangan perlu melebihi dari yang SATU.. Menerima kekurangan seseorang memang adakala sukar tapi kita sendiri tidak ketahui itu semua urusan  ALLAH.. Redha, ya adakala kita perlu redha pada setiap kejadian untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dikemudian hari...Menjadi insan yang sentiasa menerima kekurangan orang lain adalah lebih baik dari terus mecari kesalahan nya.. Teguran sedikit atas setiap kesalahan bukan bermakna membencinya tapi kerana ada kasih dihati perihatin di lubuk sanubari..
Perjalanan hidup ini masih jauh, masih banyak yang perlu dipelajari ...Nikmati setiap minit kehidupan ini dengan seadanya, sentiasa beringat semalam adalah pengalaman dan yang berlaku hari ini adalah cabaran...