akhirat yang dicari..

Alhamdulillah,syukur atas rahmat ALLAH atas segala pemberiananNYA.. itulah nikmat yang ALLAH beri, mampu dan masih lagi bernafas dimuka bumiNYA.. keyakinan terhadap akhirat semakin menebal, jika sebelum ini dunia merabunkan mata..tertutup segala cahaya akhirat hanya kerana nikmat dunia..tapi saat ALLAH menghantar ujian..ALLAH menegur dalam sakit, ALLAH menunjuk dalam musibah, adakah harus dipandang remeh..jangan rabun didunia kata ustaz PAHROL MOHAMMAD JUOI..akhirat sangat penting ketika hidup katanya,orang beriman celik mata hati,syurga pahala, keredaan ALLAH dan keampunanNYA sudah ditanam didasar hati, hanya perlu celik hati untuk merasainya..biar mata rabun jauh jangan hati.. dalam tulisannya lagi didalam majalah solusi golongan rabun ahirat ini sangat berkira dan banyak alasan untuk tidak membuat kebaikan...mereka hanya memberi lebih banyak jika yang diterima berbaloi dengan apa yang diberi..memburu nikmat dunia tanpa mengira halal haramnya.. tetapi bagi insan yang celik mata akhirat dunia ini adalah ladang tanaman amalan dan pahala untuk mendapat ganjaran diakhirat..kerana kesenangan diakhirat adalah abadi...dan akhir kata dalam tulisannya,jadilah tangan yang diatas.. dengan mencari, memiliki dan memberi harta..,memiliki hati yang celik..dengan mencintai syurga tanpa meminggirkan dunia..

diam

Adakala hidup memang sukar diramal..dan kadangkala diam itu mampu memberi manfaat,dari berbicara akan tertulis beban dosa..jangan berpernah ada dibenak fikiran sesungguhnya yang baik itu pasti kesyurga dan yang jahat itu nerakalah tempatnya..sedangkan itu semua urusan YANG MAHA BERKUASA..


Doa Istighfar

sesungguhnya islam itu sebuah agama yang mudah..dengan segala talian hayat sehari 5 waktu kita boleh mengadu atau meluahkan segala masalah PADA-NYA..dengan beristghfar kita sudah pun mendekatkan diri dengan ALLAH.. 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
Sabdanya yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.
Sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca:
DOA AMPUN
Maksudya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.
Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.
Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

berkongsi ilmu..

BOLEHKAH PUASA QADHA' CAMPUR PUASA 6 SYAWAL?
JAWAPAN:
Secara ringkas permasalahan ini merupakan khilaf di kalangan para ulama. Namun menurut fuqaha' mazhab Syafi'ie berpendapat bahawa harus(dibolehkan) menggabungkan antara puasa wajib seperti qadha', nazar dan kafarah dengan puasa sunat, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti di dalam kitab "al-Asybah wa al-Nazair":
.صام في يوم عرفة مثلا قضاء أو نذرا، أو كفارة ; ونوى معه الصوم عن عرفة، فأفتى البارزي بالصحة، والحصول عنهما
Maksudnya: Seseorang yang berpuasa pada hari Arafah contohnya untuk (niat) qadha' atau nazar atau Kaffarah dan dia berniat bersamanya puasa (sunat) Arafah, maka al-Barizi memfatwakan ia adalah sah dan mendapat kedua-duanya(pahala qadha' dan sunat).
(الأشباه والنظائر للإمام السيوطي, الكتاب الأول في شرح القواعد الخمس التي ذكر الأصحاب أن جميع مسائل الفقه ترجع إليه. باب ما يترتب على التمييز: الإخلاص)
Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi'ie, namun pahala yang dianugerah tidak sempurna jika tidak dilakukan secara berasingan, iaitu puasa qadha' dan sunat tidak digabungkan tetapi dilakukan pada hari yang berlainan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam karangannya "Nihayah al-Muhtaj":
ولو صام في شوال قضاء أو نذرا أو غيرهما أو في نحو يوم عاشوراء حصل له ثواب تطوعها كما أفتى به الوالد تبعا للبارزي والأصفوني والناشري والفقيه علي بن صالح الحضرمي وغيرهم، لكن لا يحصل له الثواب الكامل المرتب على المطلوب لا سيما من فاته رمضان وصام عنه شوالا لأنه لم يصدق عليه المعنى المتقدم،
Maksudnya: Jika seseorang berpuasa di bulan Syawal untuk tujuan qadha' atau nazar atau selainnya, atau seperti berpuasa di hari Asyura, maka dia akan dapat pahala puasa sunat sepertimana yang difatwakan oleh bapa saya(Syahabuddin al-Ramli) sebagai susulan (fatwa) dari al-Barizi, al-Asfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Soleh al-Hadrami dan selain mereka. Tetapi tidak akan dapat pahala yang lengkap disebabkan perkara yang dituntut(puasa yang berasingan), lebih-lebih lagi sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan kemudian menggantikan ia di bulan Sy
awal. Ini kerana ia tidak bertepatan dengan makna yang terawal.
(نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج للشيخ شمس الدين الرملي, كتاب الصيام, باب صوم التطوع, فصل إفراد الجمعة بالصوم)
Menurut fatwa Imam al-Ramli di atas menunjukkan bahawa lebih afdal puasa qadha' dilaksanakan secara berasingan untuk mendapatkan puasa yang lengkap lagi sempurna.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa tidak sah digabungkan antara puasa sunat dan qadha' berdasarkan amalan Saidatina Aisyah Radiyallahu 'anha yang melewatkan puasa qadha' beliau pada bulan Sya'ban, seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Aisyah berkata:
كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.
Maksudnya: "Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya'ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam."
Saidatina Aisyah RA seorang yang kuat ibadah termasuklah berpuasa, tidak mungkin beliau meninggalkan puasa 6 Syawal. Penangguhan puasa qadha oleh Aisyah RA menunjukkan bahawa beliau tidak mengabungkan antara puasa qadha' dan 6 Syawal. Jika Aisyah menggabungkan kedua-duanya nescaya beliau tidak perlu menangguh puasa gantinya.
KESIMPULAN
1) Puasa gabungan antara qadha dan 6 syawal diharuskan menurut ulama-ulama mazhab Syafi'ie.
2) Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi'ie tetapi ganjaran atau pahala puasa tidak sempurna, kerana lebih afdal dilakukan pada hari yang berlainan.
3) Ramai(majoriti) di kalangan ulama feqh kotemporari berpegang kepada pandapat yang tidak mengharuskan puasa gabungan antara qadha dan sunat.
4) Puasa yang berasingan tanpa digabungkan niat puasa qadha dan sunat adalah amalan yang lebih tepat dengan kehendak hadith Saidatina Aisyah RA, oleh kerana itu ia dihukum sebagai lebih afdal oleh ulama Syafi'iyyah.
Wallahu A'lam
Abu Ruqayyah Ba 'Alawi
Abu Isa AlFadani

semua ini hak ALLAH..

Assalamualaikum..bila mana rezeki itu di perkatakan, maka rezeki itu merangkumi pelbagai perkara.. rezeki itu ada dimana saja.. Anak, kekayaan, kesihatan dan ilmu juga merupakan rezeki yang didambakan setiap insan..mungkin setengah manusia itu menganggap rezeki dari segi matrial itu sudah cukup apa lagi yang diperlukan dalam kehidupan, tetapi adakala kita lupa siapa yang empunya dan pemilik mutlak sumber rezeki itu.. Tanpa doa, usaha dan tawaduk dalam mencari rezeki yang halal, adakah kehidupan itu akan tenang..Bole saja Allah menyempitkan apa yang kita miliki..sesungguhnya rezeki itu mmg hadiah terbaik dari ALLAH untuk setiap hambanya, maka nikmatinya dengan rasa syukur sentiasa..kala kita masih lagi didalam bulan syawal, maka ini juga dikatakan rezeki..bilamana ALLAH memanjangkan umur kita hingga dapat menyambut syawal lagi tahun ini..dan sesaat kita berfikir sejenak,renungkan..jangan biar diri taksub dalam pembaziran.. dengan bersederhana dalam apa jua perkara....agar kita dapat merasai sesungguhnya masih ada insan lain yang sedang dalam kesusahan..nun jauh disana, saudara kita hanya ada setitis airmata untuk melengkapakan sambutan syawalnya..kita tidak akan mampu memberi kpd semua insan ,tetapi kita mampu memberi mereka doa ,dan yakin bahawasanya ALLAH sentiasa ada membantu dan melindungi hamban-hambanya.. 




kaya kah kita..

kita rasa kita kaya bila mana harta setinggi gunung 
tapi kita lupa harta itu ada pemilik-nya
yang kekal dan abadi
kita rasa kita bijak,sehingga merasa riak dengan apa yang dimiliki
tapi kita terlupa siapa punya bijak itu..
siapa punya kepandaian itu..
jangan dilihat berapa banyak harta yang terkumpul..
jangan egois dengan kecerdikan yang dikurniakan
jangan terleka dengan hidup duniwi..
kelak ianya hilang dalam sesaat..
jaga hati..jaga segalanya
kerana ianya bukan milik kita
tapi milik ALLAH..

hijrah syawal kesinambungan ramadhan...

Alhamdulillah...syukur atas segala rahmat ALLAH kita dapat sampai ke bulan syawal ini..syawal ke7..semoga kesinambungan roh kebaikan ramadhan dan syawal ini akan dapat diteruskan hingga ke jannah kelak.. keikhlasan maaf disyawal ini akan diberkati dan diredhai ALLAH..sesungguhnya keikhlasan itu rahsia kita dengan ALLAH..tangan dihulur maaf dipinta,jika ada yang tersimpul harap dapat dileraikan..jika ada salah dan silap harap dapat dimaafkan...

Doa ku untuk Ramadhan ini...

Ku hulurkan salam silaturahim,semoga perhubungan ini akan kekal hingga ke JANNAH.. tanpa ada mukadimah, hanya bicara penganti diri..tangan diangkat mengharap doa termakbul untuk sampai ke Ramadhan yang dirindui...INSYAALLAH..

Malam kian hampir kepenghujungnya, namun bicara masih terkaku sepi, hamparan sejadah sudah pun terlipat kemas..bukan mudah memulakan kata,sedikit terguris, tercanang hingga akhir..berbicara tentang silaturahim yang besar adakala nampak mudah, nampak tenang..tapi takkala gelora menghempas, pantai berubah rupa..dari hari ke hari memikirkan bicara bisu ini,terpadam..tertulis..seolahsemuanya tak sentuh disanubari..aku ingin menulis tentang kita..tapi biarlah ia mula dengan simpul doa, dan ku tiup dialam maya agar silaturahim kurnia ALLAH ini akan sentiasa ada tak kira di mana antara kita berada, jauh atau dekat..kirim-kirim kan lah doa..disaat saki baki hidup yang ada ini...ini bukan bicara sedih..tapi tentang SILATURAHIM..jambatan amalan untuk kita disana kelak..pejamkan mata, apa yang kita inginkan dalam perjalanan hidup ini,terkadang tersadung, adakala terjunjung..semua ini insani..adakala segunung ego boleh teruntuh hanya dengan AKU MAAFKAN KAMU..semua masalah boleh selesai dengan hanya PELUKAN SAYANG SAUDARA MU. ..mungkin juga adakala kita munafik pada diri sendiri, memaafkan hanya dibibir, tapi bila berbicara tentang hati semua nya tak sama...pandang cermin,sempurna rupa tapi tetap ada tercela dimana-mana..fikirkan dan fahamikan, tidakkah kita mengharapkan kasih sayang ALLAH..walau hanya seminit,jika kata sayang, maaf itu mampu mengubahnya..kenapa tidak dilafazkan..cinta bukan hanya pada kekasih..tapi cinta teragung pada ALLAH..dari ALLAH kita dapat cinta untuk dicurahkan melalui silaturahim..... jika ALLAH izinkan aku memutar masa, pasti ku jaga dengan baik SILTURAHIM ini..jangan dicelah oleh AMARAH..SYUKUR kita masih punya masa..pertaruhkan nyawa untuk beramal walau hanya dengan jambatan SILATURAHIM..ALHAMDULILLAH, jika bicara ku melalui huruf ini mampu sampai kepada kamu..ini adalah huruf hati...sayang yang tak mampu terkira seperti bilangan garam...dan diakhir bicara ku titipkan kamu dengan DOA pada YA RABB agar hubungan ini sentiasa terjaga...dunia sudah lena dibuai malam.cuba ku pacu laju jejari agar berhenti ketitik noktah..terlena dalam wuduk..dengan hati yang ikhlas aku MOHON KEMAAFAN semoga RAMADHAN ini akan menjadi tangga-tangga SILATURAHIM untuk kita semua..




“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami..." aamiinn


pejamkan mata...tadahkan tangan..sedekah AL-FATIHAH buat abah, ALLAHYARHAM SAKIMAN BIN MARTO yang sentiasa dalam ingatan..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan para solihin..aamiin..  


nota kaki: video ni saya khas kan untuk hari keluarga yg ke5,tetapi disebabkan masa yang terumbang ambing maka disini lah ia ditempatkan..yang baik itu datang dari ALLAH,dan kurang itu adalah dari diri saya sendiri..


SALAM RAMDHAN ...

semakin diuji..

Assalamualaikum... terlalu lama diri sepi,tanpa sebarang kata..tanpa sebarang isyarat..hilang tanpa bicara pamitan..selagi masih menjadi hamba ALLAH selagi itulah ujian tidak pernah luntur..adakala rebah tanpa berjuang.kaki lemah untuk melangkah,tiada sebaris ayat mampu diluahkan. hanya kedengaran tangisan sedu meratap nasib,yang kadang bertanya pada diri,inikah bayaran yang harus dibayar atas segala kesilapan..ALLAH sentiasa adil dalam mengadili hambanya, sesungguhnya DIA lah pemilik nyawa.. hanya padaNYA tempat meluahkan,mungkin semua ini ada hikmahnya,setiap ujian yang mendatang meghapuskan peratus dosa yang ada,menyucikan hati yang separuh kelam..zikirullah lah peneman setia,sesungguhnya inilah perjalanan hidup yang tak akan lari dari ujian ALLAH. Dengan rasa kehambaan, terasa semakin di uji, semakin merimbun kasih ilahi pada diri..segalanya milik ALLAH..redha dengan jalan yang ALLAH beri, ALLAH YANG MAHA memberi ujian, pasti ALLAH juga pemberi jalan untuk melaluinya..

hanya sesaat..

Assalamualaikum..

dunia ini hanya sesaat..
hanya antara azan dan solat..
lahir diazakan
wafat disolatkan

hutang dengan ibu???

Assalamualaikum..Alhamdulillah, syukur rahmat ALLAH masih lagi memberi kita peluang untuk bernafas di muka buminya..dan sesungguhnya kita sangat bertuah dapat melihat dunia yang luas ini..sejak beberapa hari yang saya begitu khusyuk dengan bahan bacaan yang saya beli , sebuah buku motivasi yang sangat baik,walaupun ianya sudah banyak kali diualng cetak,motivasi dan nasihat didalamnya dengan kata2 yang lembut ianya sampai kedalam hati saya, sebagai seorang anak, ibu dan wanita..begitu juga perasaan saya terhadap emak yang melahirkan saya dan mak mertua yang telah melahirkan suami saya..tanpa mereka siapa saya, tanpa mereka siapa suami yang saya nikahi sedekad lalu..semua itu sangat besar maknanya..dan untuk nota kedua 2014 ini saya ingin berkongsi salah sebuah cerita diantara gugusan cerita yang ditulis oleh pakar motivasi USTAZ  PAHROL MOHD.JUOI..

bacalah..buka hati dan renungkan setiap bait ini..

Setiap kali pulang ke kampung, itulah ceritanya..Cerita yang telah diperdengarkan berulangkali. Cerita ibu tentang sawah, lembu dan kehidupan kanak-kanaknya dikampung,dan saya "terpaksa" menjadi pendengar cerita ualngan itu berulang-ulang.

"kau jadi seperti aku dulu,cuma kau bernasib baik,"kata seorang sahabat

"jadi seperti kau? apamaksudmu?"

"ibuku dipotong kedua-dua belah kakinya, dari paha ke bawah.Hari-hari terakirnya sungguh sunyi.setiap kali aku balik aku menjadi pendengar yang setia pada cerita-ceritanya."

"Apa ceritanya?"

"Cerita zaman muda.pahit manis hidupnya,kisah bersama arwah ayah membesarkan kami."

"Tentu menarik." balas saya.

"menarik memang menarik, tapi kalau sudah diulang berpuluh kali malahan beratus kali, teruji juga kita."

"Lama ke?"

Dalam diam saya mengaguminya, kalau saya , setengah jam pun sudah terlalu lama.

"setiap kali aku balik kampung,emak akan memanggil aku ke tepi katilnya.dan sesi pun bermula..."

"kata ahli psikologi, manusia itu perlu didengar katanya sepertimana mereka perlukan makanan.makanan memberikan tenaga.'didengar' menghidupkan rasa."

"dan hak mendengar itu selayaknya kita peruntukan kepada ibubapa kita yang telah tua."

"kau kata tadi nasib aku lebih baik. kenapa?" tanya saya mengingatkan semula kata-katanya awal tadi

"Aku cuma menjadi pendengar cerita emak selama dua bulan.kemudian dia meninggal dunia.hingga kini aku merindu kisah-kisahnya.Terlalu rindu, kalau boleh ingin mendengarnya semula.Biarlah sejam, dua jam malahan lebih lama daripada itu."

saya tediam. tersentuh sungguh,agaknya, sebab itu emaknya megulang ceritanya banyak kali, dia tahu anaknya akan merindunya lebih daripada itu.

"kau masih ada emak.kau bernasib baik. Dengarlah cerita-ceritanya. semakin tua, suaranya semakin kurang didengari.Mereka tidak ada cerita baru.Hanya cerita lama, seluruh tenanga,kelebihan dan semangatnya telah habis diperah untuk kita."

"Ya, yang diperdengarkan untuk kita bukan hanya cerita tetapi cinta.Rasa cinta yang bukan sekadar imbauan tetapi belaian untuk kita, anak-anaknya telah dewasa."

Ya.seolah-olah secara tersirat ibu tua kita ingin menyampaikan bahawa cinta didasar kisah lama, itulah yang menjulang cita-cita dikemuncak cerita-cerita baru kita!

bersama-sama kita renungkan,pengorbanan seorang ibu itu tidak pernah berakhir..jasa dan apa yang meraka lakukan tak akan mampu kita lunaskan, malahan hutang kita terhadap mereka sudah terlalu banyak..hargailah mereka selagi mereka masih mampu berkata-kata, bercerita dan menegur kala kita melakukan kesilapan..setinggi mana pangkat kita, sebeza mana agama kita , sebesar mana kesalahan kita, ibu sentiasa ada perkataan ' maaf'  dan 'sayang' untuk kita..


sesungguhnya terlalu mahal jasa seorang ibu itu...terima kasih ibu walau dimana jua kau berada..

dari hati ke nota pertama 2014..

Assalamualaikum...ini adalah nota coretan pertama dari ku..dengan lafaz Bismillah,salam tahun baru 2014..

fokus pada yang baru, sematkan diminda semoga Allah permudahkan segalanya..Lupakan pada perkara yang harus dilupakan..kenapa harus ada unsur negativi dalam minda , hidup bukan hari ini saja, jika diberikan usia yang panjang oleh ALLAH, maka banyak lagi rintangan ada di hadapan sana..kenapa haruskan habiskan masa mengejar yang memang bukan kita punya, tetapi hargailah masa yang sedia ada, sedang berusaha memperbaiki diri yang serba kekurangan ini..sedang berusaha mengkonsistenkan diri dalam ibadat, sedang cuba memperbaiki hubungan dengan ALLAH..itu lah azam yang ditanam dalam diri saat menyambut tahun baru ISLAM beberapa bulan lepas...dan semoga ISTIQAMAH ini akan kukuh dan diberkati ALLAH..Bukan mudah melakukan tanpa ISTIQAMAH...azam yang kuat ini semoga akan bertambah kukuh ditahun 2014 ini..

dan harapan di hati semoga blog keluarga ini akan terus wujud, kerana silaturahim yang ada dalamnya juga menjadi kecintaan ALLAH..bukan mudah nak menjaga hubungan silaturaim dengan keluarga yang besar, adakala tumbang dek sifat amarah,tetapi bila saat teringat bahawasanya kematian itu akan datang tiba-tiba mampukah lagi merasa bahagia, mampukah memaafkan dan mohon kemaafan..TIDAK, dan peluang yang ada sudah pun terlepas..sesungguhnya cinta dan kemanisan silaturahim itu wujud bila hubungan itu terjaga dari setiap segi, memaafkan, menerima kekurangan setiap ahli, saling memahami, berterus terang tanpa ada sifat dengki dan kata-kata negativi di belakang..belajar mencintai saudara ISLAM mu, belajar menyangi persaudaraan..kawal diri dan fikiran dan perasaan..saling mengingati antara satu sama lain..akhir kata kita semua cintakan ALLAH, maka hargailah apa yang diberikan kepada kita..



Tiada manusia yang serba sempurna 
kadang mulia kadang tersasar
sebelum melangkah ke alam sana 
semoga semuanya telah terbayar

sabar dan memaafkan
doa pada-NYA sentiasa 
hati pasti beroleh ketenangan..


doa terakhir ku, semoga ALLAH, permudahkan hari keluarga ke 5 di tahun 2014 ini..aamiin..