MY LIFE

Assalamualaikum dunia

inilah aku sekarang, sejak mula berjinak dengan dunia dropship,masa banyak dihabiskan depan laptop dan telefon.Tapi aku bersyukur, tiada lagi masa untuk aku buang, sekurang kurang ye aku dapat menghasilkan duit walau rm2 itu rezeki aku.Anak-anak dah makin membesar,mereka banyak habiskan masa dengan kawan , buku dan tv. Tapi Alhamdulillah,walau aku sibuk mana pun anak -anak adalah keutaman, ayah dahlah jauh,balik like chipsmore, heheheh..kalau bole tak nak anak -anak makin jauh takut payah nak kejar bila makin jauh, yang dekat poli memang lah jauh,tahun ni anak no 2 akan SPM tahun depan ada rezeki dia ikut jejak alongnya. tinggal la berdua dengan si bongsu, one and only son.

Ini lah putaran kehidupan, semakin hari kita akan sedikit demi sedikit akan merasai apa yang ibuayah kita rasa bila kita melanjutkan pelajaran, berkahwin dan punya keluarga sendiri, kita adakala terlupa sesaat untuk bertanya kahbar mereka.Sekarang pun kita mudah tersentuh, usia makin dewasa ni makin sensitif pulak kan.
Macam mana ibuayah bole bertahan,sedangkan kita sedikit pun sudah melatah.Ya ALLAH..

Banyak perkara positif yang berlaku,walau ada pun mungkin emosi semula jadi manusia yang memang ada kala turun naik.lumarah kejadian makluk ciptaan ALLAH . Apa yang utama aku bersyukur pada ALLAH memberi aku jalan dan peluang ini.

dan aku percaya biar menangis didunia tapi aku nikmati kegembiran diperjalanan terakhir dengan ibadat, sedekah dan pahala yang aku tanam kini..insyaALLAH..Aamiin..

hidup luar biasa?

Assalamualaikum.. belajar bersyukur, berhenti merungut gaji tak cukup, takpe org kata muka tak malu, kalau up date hari-hari.. nak berjaya kena usaha.. nak duit kena cari.. nampak, infect sejak jadi dropship ni, ayat2 baru nak kaya..hehehe.. walau seringit itu juga rezeki, jujur saya kata, ada hikmah bila ALLAH menguji dengan sesuatu yang kita kena redha ALLAH balas dengan perkara yang kita tidak tahu.. Allah tunjuk jalan, itu juga hikmah..syukur Alhamdulillah..aku baru bermula,ilmu banyak lagi kena cari dan belajar.. usaha, tawakal kena berlipat ganda, sikit lama-lama boleh jadi banyak,yang penting kita yang usaha cari, baru lebih menghargainya.. yang paling utama solat 5 waktu adalah penghubung antara kita dengan ALLAH, jangan sesekali tinggal, kukuhnya solat maka kukuh lah iman kita sebagai hambanya..terima kasih ALLAH..

JOM NAK KONGSI TIPS  HIDUP MENJADI LUAR BIASA.. 


yang utama dan wajib "SOLAT SUBUH" jambatan kita memohon redhaNYA

1. Bersenam setiap hari.

2. Serius berkaitan kesyukuran.
3. Lihat kerja anda sebagai suatu kemahiran (craft).
4. Sentiasa mengharapkan yang terbaik dan bersedia untuk yang terburuk.
5. Tulis dalam jurnal.
6. Baca “The Autobiography of Benjamin Franklin”.
7. Rancang jadual mingguan anda.
8. Kenal pasti 5 keutamaan dalam hidup anda.
9. Hindarkan gangguan.
10. Minum banyak air.
11. Tingkatkan kerja anda setiap hari.
12. Dapatkan seorang mentor.
13. Lantik seorang jurulatih.
14. Bangun pukul 5 pagi setiap hari.
15. Kurangkan pemakanan anda.
16. Cari lebih ramai wira (heroes).
17. Jadi seorang wira kepada seseorang.
18. Senyum pada orang yang tidak dikenali.
19. Jadikan diri anda sebagai seorang yang paling beretika yang pernah anda kenali.
20. Jangan berpuas hati dengan apa-apa yang kurang dari cemerlang.
21. Nikmati keseronokan hidup yang mudah.
22. Simpan 10% peratus daripada pendapatan bulanan anda.
23. Luangkan masa di galeri seni.24. Berjalan dan beriadah di dalam hutan.
25. Tulis surat terima kasih kepada mereka yang telah membantu anda.
26. Maafkan orang-orang yang pernah melakukan kesalahan dan kesilapan terhadap anda.
27. Ingat, kepimpinan adalah mengenai pengaruh dan keberkesanan anda, bukan gelaran dan penghormatan.
28. Cipta detik-detik indah yang tidak dapat dilupakan dengan mereka yang anda sayang.
29. Mempunyai 5 kawan-kawan yang hebat.
30. Jadikan diri anda sangat bersopan-santun.31. Tanggalkan plug TV anda.
32. Jual TV anda.33. Baca setiap hari.34. Elakkan berita.35. Berpuas hati dengan apa yang anda ada.
36. Kejar impian anda.37. Jadi diri anda sendiri. (Be authentic)38. Hidup dengan penuh minat. (Be passionate)
39. Minta maaf apabila anda perlu meminta maaf.
40. Jangan sekali-kali terlepas peluang untuk meraikan sesuatu detik untuk yang lain.
41. Mempunyai wawasan untuk hidup anda.
42. Ketahui kekuatan anda.
43. Fokus minda anda pada yang baik berbanding fokus pada yang tiada.
44. Bersabar.
45. Jangan berputus asa.
46. ​​Selesaikan masalah-masalah anda.
47. Gunakan perkataan yang sempurna.
48. Lebihkan melancong.
49. Baca “As You Think”.
50. Hormati ibu bapa anda.
51. Beri tip lebih kepada pemandu teksi.
52. Jadi rakan sepasukan yang hebat.
53. Jangan luangkan tenaga untuk pengkritik.
54. Luangkan masa di pergunungan.
55. Ketahui 5 nilai utama hidup anda.
56. Beralih dari kesibukan kepada pencapaian ‘results’.
57. Berinovasi dan buat semula.
58. Kurang bercakap, lebih mendengar.
59. Jadikan diri anda sebagai seorang yang terbaik yang pernah anda kenali.
60. Jadikan hidup anda penuh bermakna.
 SUMBER:








ayat-ayat secoit

lately ni tak byk masa nak menulis..
semakin usia matang perasaan nak raya tu dah kurang !!
jawapan untuk itu adalah raya ini, raya anak-anak
Ok semua sihat kan.. ðŸ˜„😄😄
Bukan tak nak upload gambar baru..tapi kekangan masa nak update gambar raya ini pun jadi masalah..
jalan-jalan di bazar karat
raya tahun ni takde gambar
😓

😓😓
MENEBAR RAHMAT (KASIH SAYANG)

".....SAYANGILAH PENDUDUK BUMI NISCAYA 
PENDUDUK LANGIT PUN AKAN MENYAYANGI KAMU..."
H.R AHMAD


bentangkan sejadah 
solatlah 
solat sunat mu kerana ALLAH
dikedinginan malam
dipenuhi alunan zikir
menangislah jika 
ianya mampu
membuatmu
rasa keinsafan

13 RAMADHAN 1436H
0103AM


Salam 11 RAMADHAN 1436H

YANG..
Yang singkat itu - "waktu"
Yang menipu itu - "dunia"
Yang dekat itu - "kematian"
Yang besar itu - "hawa nafsu"
Yang berat itu - "amanah"
Yang sulit itu - "ikhlas"
Yang mudah itu - "berbuat dosa"
Yang susah itu - "sabar"
Yang lupa itu - "bersyukur"
Yang membakar amal itu - "megumpat"
Yang ke neraka itu - "lidah"
Yang berharga itu - "iman"
Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"
Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"
TEMAN DARUL UKHUWAH

"Hasbi Rabbi Jalallah..

Maafi Qalbi Ghairullah..


Nur Muhammad Salallah.. 


Laa ilaa ha ilallah 3x


Muhammadur Rasullullah" 

pagi yang hening..





Assalamualaikum..
Adakah kita tahu nilai udara yang kita sedut?
Berapakah Bayaran yang harus kita bayar untuk setiap saat pernafasan.
Orang yang paling kaya pun tak akan mampu membayar nilai nafas sendiri
jika nikmat yang ALLAH beri ini dikira dalam perniagaan ,maka kita adalah peniaga yang rugi.
ALLAH beri segalanya percuma tanpa bayaran bulanan..
tapi kita masih MALAS BERSYUKUR..
Salam Ramadhan.. Shobaahul khoir ya akhi..ya ukhti..
10 RAMADHAN 1436H

macam ni ceritanya bermula..

Assalamualaikum and hai..

semua sihat ke.. ? dah lama tak talking talk kat sini.. awal tahun ni banyak yang berubah. Dari kesihatan yang opppss!! ni bukan simpati tau, ujian ALLAH dah beri tak insaf2 juga tak tau lah kan..Macam mana aku berubah ?sabarlah nak citer ni.. anak dah makin besar, kalau kata aku dah berumur 40 tahun ni siapa sangka kan(nak up sikit..hehehe).Umur macam ni  baru nak berubah siapa boleh ramal,masa aku sebelum ni mmg banyak dengan anak2, rumah yang tak bertangga ni.Alhamdulillah ini juga satu kerjaya yang ALLAH beri.. Bila anak yang sulong dah dekat poli, aku tinggal dengan anakyang ada dua orang lagi,seorang tahun ni spm dan seorang pt3 tahun depan..suami balik seminggu sekali.kerja aku memang duduk depan laptop bila kerja rumah semua dah siap,sejak kebelakangan ni pun minat membaca tu dah kearah islamik,ya disini lah semuanya berubah.Aku duduk depan novel-novel cinta yang setinggi gunung  tu,dan tanya diri aku sendiri  'aku nak buat apa dengan novel2 ni?", anak-anak perempuan dua orang tu tak minat baca novel cinta melayu ni, aku dah tak taksub mcm dulu, kalau dulu sampai jam 4 pagi aku tidur semata2 nak habis kan satu novel, duit jangan cerita.memang lah,kalau di kumpul dah mampu beli banglo(mcm tipu jekan!!) .first, apaaku buat snap gambar-gambar novel, tapi sebelum tu aku pilih novel yang dah bersama aku hampir 20 tahun pun ada,lusuh? tak, boleh dikatakan kualitinya masih baik lagi , dah pilih aku mula operasi ambik gambar,nak cerita sikit dulu, ini tauladan,sebelum ni bila baca kawan2 alam maya jual novel kat page2 aku akan kata, tak sayang ke,beli2 jual..dan bila ALLAH balikkan kat aku,aku takde kata selain kata dalam diri, berhati2 dalam bercakap, dunia sekarang ALLAH bayar cash.Ok back to my story,Bila dah snap semua gambar2 novel siap2 buat posting cantik2 lagi, nak jual barangkan kena lah cantik kalau tak mcm mana org nak beli, lagi satu ayat kita guna, kalau ko tulis " ada siapa nak beli, aku ada jual novel murah ni"agak2 ada orang beli tak,dah lah kasar, kurang sopan, sah2 dapat pahala hasil umpatan..hahahah..Alhamdulillah,bila ALLAH kata itu rezeki kita ,bermacam halangan yang datang pasti itu rezeki kita. Mula tu agak malu juga , tapi aku harus ubah kerjaya aku sebagai pembaca novel cinta tegar dan pemain game tegar untuk sesuatu yang berfaedah.sekurang2nya takde lagi istilah surirumah itu mudah hidupnya.. orang tak tahu, dan buat apa nak ceritakan.. ok..abaikan je..seminggu selepas aku jual kat insta aku dapat feed back yang sangat meransangkan diri aku nak teruskan..Sebulan aku dapat jual novel aku yang ada hampir 300 tu, sejak tu aku mula masyuk sbb duit masuk acc, walau rm1o atau berapa sekali pun itu juga rezeki. Dan ini lah permulaan nya minat aku berniaga secara online, tapi modal takde, aku cuma ada laptop dan jari, aku search,mcm2 aku search, kena tipu pun ada, kena bayar yuran ni kalau nak jual barang,aku pun bayar. akhirnya..lesap.. kecewa aku, ALLAH je tahu. tapi aku tak nak patah semangat.Rezeki ALLAH aku bertemu dengan perkataan DROPSHIP.. aku mcm apa masa tu, bukan terdesak, tapi aku nak majukan diri aku, nak cari duit sendiri untuk anak2..aku mulakan dengan anak saudara aku yang jual PERFUMES DEXANDRA,tapi aku cuma mula yang kecil dulu, sebab mana ada modal nak beli.Kerja aku copy and paste dan buat ayat sikit tarik org beli.tapi itu pun aku tak berjaya, tapi sampi ni aku masih teruskan dalam sebulan walau hanya 2@3 orang beli dengan aku walau hanya minyak berharga rm10, aku rasa amat bersyukur. Hati hanya ALLAH je tahu bila ada duit masuk. ujian,mana-mana kehidupan pasti ada ujian, tapi biarlah antara aku dengan ALLAH. Aku jadi tak malu pm org tanya nak jadi dropship, aku percaya pada PEMBERI rezeki.Aku masuk dunia jualan pakaian muslimah, tak seminggu, sebulan aku hanya dapat jual 5 helai je jubah muslimah. Dan awal bulan mei lalu aku baca status cari DROPSHIP untuk pakaian muslimah, aku cuba juga, mungkin jodoh aku dengan agen yang baik hati ini, kini hampir sebulan lebih walau hanya aku dapat jual1 pasang jubah ye je, dia tetap bagi perangsang dan berusaha gigih surirumah mcm aku ni berjaya. Dan kini, aku bersyukur dari 0 aku sudah naik 1 anak tangga.aku berusaha untuk mencari ilmu, belajar ilmu dan tambahkan ilmu aku. terima kasih walau siapa pun dia,dan saat aku tulis ni aku masih teruskan 3 kerjaya dropship tu, sebab apa kerana mereka lah aku ada kemajuan dalam diri sekarang.. 

malam pun makin hampir kesubuh, esok puasa ke 8,semoga ALLAH beri aku hidyah dan dimurah rezki dan dapat meneruskan kerja dropship sehingga aku mampu berdiri sendiri.
terima kasih ALLAH dan terima kasih teman..

insyaALLAH ada rezeki mungkin aku akan wujudkan blog jualan jubah muslimah.. page pun dah ada,aku harus banyak melangkah tapi berhati2 agar tak tersungkur.


ini lah permulaan baru aku..

ini kerjaya aku sekarang..


dan ini page jualan jualan aku sebagai dropship..

Alhamdulillah.. terima kasih sudi baca dan selamat malam wahai seisi bumi

SALAM RAMDHAN
08 1436H
0100am

RAMADHAN..

                                                 Assalamualaikum, AHLAN WA SAHLAN


Salam keberkataan dan salam kerahmatan, dah terlalu lama tak menitip sebarang kabar disini rupanya. Dan tak lupa salam Ramadhan, ramadhan hadir tanpa disedari, seolah-olah terlalu pantas sekali masa berlalu. Baru saja sambutan tahun baru islam, kini ramdhan hadir lagi, alhamdulillah ALLAH beri kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan yang mulia ini. kehidupan ini beginilah pusingannya, adakala diatas adakala dibawah.kadangkala sihat kadangkala sakit sebagai penghapus dosa-dosa kecil dan tanda sayang dari ALLAH supaya sentiasa mengingatiNYA.kesibukan mana jadi insan berkerjaya,ingatlah ada lagi tangunggjawab yang lebih besar menanti. Bukan majikan didunia tapi MAJIKAN di AKHIRAT kelak. penentu kehidupan kita disana. Sebanyak mana kekayaan yang dikejar tak akan pernah memuaskan hati, perasaan nak lagi..nak lagi.dan nak lagi tetap ada,tapi ALLAH memberi kita akal untuk berfikir waras..Kejayaan juga bukan penentu kita bole bermegah diri, sedangkan terlupa dari mana datangnya semua itu. belajar lah dan fahamilah semua ini akan hilang satu hari nanti, kapan..bila hanya DIA penentunya.. Dibulan kerahmatan ini sama-sama kita rebut peluang yang ada, peluang keemasan kita tak tahu akak ada lain kali atau tidak. Tangan dihulur mohon seribu kemaafan jika ada kata-kata diluar batasan, coretan yang mengusik tanpa tersedar.


SALAM RAMADHAN
06 RAMADHAN 1436H
0751


HARI KELUARGA HJH JAMIAH BINTI HJ, SIDIN 2015 TAHUN KE-6..

Assalamualaikum... dah hampir sebulan berlalu.. kisah ni masih tersimpan kemas dalam kotak memori.. bukan kekangan masa tapi balik saja dari hari keluarga, kesihatan agak merosot teruk..bermula dengan kesihatan anak kedua yang mengalami asma disebabkan cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini. alhamdulillah akak dan abang cuma mengalami batuk dan selesema. bersambung pulak dengan saya.. takpe ibu tak sihat bole kawal minda untuk kuat, kalau anak2 yang jatuh sakit dengan suami kerja jauh.. mmg tak tahu nak buat apa, pasrah pada ALLAH..demam..selesema.. batuk.. mmg tiga serangkai menyerang.. mungkin ujian ALLAH  agar sentiasa menghargai kesihatan yang sebelum-sebelum ini. Dah banyak sangat celoteh hingga lupa tujuan asal malam ni.. Alhamdulillah syukur rahmat ALLAH kerana kesihatan yang beransur pulih ini.walau berbaki batuk yang agak degil sedikit nak hilang..

Alhamdulillah syukur sekali lagi keatas rahmat ALLAH dan keizinanNYA, setelah hampir setahun merancang, walau banyak ujian ALLAH beri kala itu namun semuanya dapat diatasi dengan keredhanNYA..terima kasih buat semua ahli keluarga HJH JAMIAH, diatas segala usaha dan kerjasama yang tidak terhingga ini hingga dapat terlaksananya HARI KELUARGA ini dengan jayanya.. dari penhujung 2014, mesyuarat hari keluarga diadakan. menyerahkan setiap tugas kepada setiap ajk-ajk yang telah terlantik dari mula HARI KELUARGA diadakan hingga lah sekarang.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan mudah atas sikap kerjasama dan tolaransi dari setiap ahli.Dan untuk tahun 2015, tahun ke-6 HARI KELUARGA HJH.JAMIAH ini semua ahli telah bersetuju untuk menjayakannya di kampung JANDA BAIK, PAHANG https://www.facebook.com/Alsakinah . Untuk ini terima kasih buat ajk penginapan nora kerana usaha untuk berhubung dengan pihak resort..terima kasih juga buat penolong pengurusi kami zila, walau dengan anak kecik tetap berusaha untuk menyusun atur majlis agar sempurna.. walau hanya berhubung melalui telefon dan whatsup acara tetap di atur dengan jaya sekali.tak banyak untuk di bicarakan.. malam pun semakin beransur ke pagi tapi mata tetap tak nak terlelap.. bukan tiada esok hari, tapi ALLAH lebih mengetahui.. semoga bicara ini dapat tertaip hingga kepenghujung cerita.kalau tertangguh lagi takut-takut ALLAH mula padamkan memori sedikit demi sedikit..walau tak banyak gambar untuk HARI KELUARGA tahun ini namun pasti ianya tersimpan kemas disetiap kotak fikiran ahli keluarga HJH JAMIAH, kerana ini caranya kita dapat bertemu dan mengukuhkan hubungan silaturahim yang makin jauh sejak kebelakangan ini.
Dengan kesibukan kerja, nak berjumpa hujung minggu, anak2 dah makin dewasa dah makin banyak aktiviti sekolah. Dan ini sajalah caranya untuk kita semua berjumpa... semoga ditahun-tahun akan datang kita akan sama-sama berusaha untuk memperbaiki di mana-mana kekurangan hari keluarga untuk tahun 2015 ini..INSYAALLAH.. buat insan2 yang sudi berkongsi gambar ini terima kasih sangat..

  terima kasih walid, jam 130 pagi sampai rumah dari kl ke batu pahat.,esok        paginya sambung lagi perjalanan batu pahat ke pahang plak..
              si anak teruna yang tak sabar menanti hari keluarga. masa ni lah                       dapat berjumpa dengan sepupu-sepupunya

permulaan cerita en suami nak kerja sebelum ke hari keluarga dan nak sampai ketempat kerja lebih awal. tiba-tiba kereta belok ke perhentian seremban sebab ahli keluarga yng lain dah menunggu ahli yang lain kat sana.apa lagi faham2 je lah kan.. keluarga itu keutaman..next kita akan berkongsi resepi ayam kg ni ya..
 selamat menjamu selera.. terima kasih yang amat buat ajk dapur, mak ngah, cik nan dan wak long yang menyediakan mcm - mcm menu.. 
                                         apa lagi kita makan lah.. 

                                         second pilot mak ngah cedera parah katanya..
                                                     
                                    
                                         muka izati yang lapar
pak usu..amboi...



ini antara gambaran luar resort..mmg terbaik.. kembali kesuasana kampung.. 






antara suasana pagi, jam 7 pagi masa tu.. sejuk..mmg best.. ada ahli yang tak sabar-sabar nak mencari rezeki awal pagi..seronok.. seolah-olah kembali kezaman kanak2 pagi2 dah pi mengail ikan kat sungai..
malam pertama kat resort ada aktiviti melukis dan mewarna utk kanak-kanak, disebabkan sedikit kecuaian, ada gambar yang tak terambil.. ni satu2 nya gambar yang ada pada malam tu.harap masa nak video dapat masukkan gambar yang lain..insyaALLAH. lihatlah si baby bambam yang seksi..



ni acara awal pagi untuk out door.. gambar selebihnya kita tonton je ya...
ajk sukan .. harap2 tahun akan datang ibu2 dan bapa2 dapat jadi penonton utk acara sukan kanak2.. suasana agak suam suam kuku je.. alhamdulillah anak2 buah yang ramai tu lah yang banyak memberi support dan semangat .



 tapi untuk petangnya mmg terlebih meriah, semua dah free dan cukup tidor dan makan.. tenaga untuk menang pun dah charge so mmg meriah.. ada 12 acara. cuba bayangkan nak habiskan petang tu juga mmg cukup kelang kabut dan kelakar..semua ahli keluarga pun memberi kerjasama yang baik utk memeriahkan acara sukan.
kan dah kata.. menu tengahari tu mmg terbaik.. sambal dan ulam2 yang disediakan..power, cukup semuanya..sehingga nak mentong org jawa kata..
                                                  kaki-kaki sefie
ni acara bowling kelapa, acara dari keluarga anik...


Alhamdulillah,, semuanya berjalan dengan jaya dan terbaik untuk tahun 2015..
terima kasih semua sedulur2 ku.. semoga ALLAH membalas segala kebaikan dan jasa anda..aamiin..

dan terima kasih untuk ajk baju hari keluarga, liza dan suami..



 mak dan mak long..
dengan lafaz BISMILLAH , dengan nama ALLAH yang MAHA KAYA yang telah memberi kita kegembiran ini. syukur atas rahmatNYA.. jika ada dimana-mana kekurangan sama-sama kita perbaiki sesungguhnya kita hanya hamba ALLAH yang melakukan kesilapan tanpa disedari. semoga Allah panjangkan umur kita semua dan rahmati dalam setiap perjalanan untuk mengukuhkan ukhuwah kekeluargan ini agar HARI KELUARGA akan datang akan lebih baik.insyaALLAH..
dari saya, menyusun sepuluh jari mohon maaf jika ada salah dan silap dalam tulisan ini.

insyaALLAH, next page saya akan berkongsi atur cara kita dan pembentangan budget..dengan izin ALLAH..nantikan 



 jauh lagi kah perjalanan ini
semakin hari
semakin berat memikirkan
entah dimana titik notanya
kala fikiran mengusai hati
kekeliruan terbentang
mana jalan yang harus dilalui
diri bukan sehebat mana
sedikit masalah mengundang
gundah gulana hati tak menentu
semua belegar-legar
tanpa henti
ya ALLAH 
ini kah ujian ku
begini hebatkan ujiannya
sehingga aku terasa lesunya..
Ya ALLAH 
berikan aku sedikit kekuatan
untuk meneruskan liku-liku yang penuh cabaran ini...

DAKWAH DARI HATI…30DEC

gadis berniqab“Sudah berapa lama tuan memeluk Islam?”tanya saya pendek
“Dua puluh tahun,”jawab lelaki berbangsa India itu juga dengan pendek.
“Semua keluarga turut masuk Islam?”
“Semua, tetapi tidaklah berturut-turut. Termasuk ibu-bapa saya,” jawabnya sambil tersenyum. Wajahnya nampak sangat tenang. Jadi senang hati melihatnya.
“Yang paling akhir?”
“Ibu dan bapa saya. Baru sebulan yang lalu.”
“Alhamdulillah…”
“Tetapi ibu saya baru sahaja meninggal dunia. Kira-kira dua minggu yang lalu.”
Saya terkejut. Maksudnya, baru sangat. Tentu dia masih dalam kesedihan.
“Masih sedih…” kata saya perlahan sambil mengusap bahunya. Separuh bertanya, separuh simpati.
“Sedih sedikit sahaja. Gembira lebih banyak.”
Wah, jawapan itu sangat aneh. Tentu ada cerita di sebaliknya.
“Mengapa tuan rasa gembira?”
“Panjang ceritanya…”
Saya memberi isyarat yang sangat berminat mendengar. Mungkin kerana itu dia pun mula bercerita. Lancar dan lurus tanpa tersekat-sekat. Seolah-olah episod demi episod sudah tersusun kemas dalam minda dan perasaannya. Menurutnya, dia memeluk Islam hasil dakwah seorang wanita. Dengan cinta? Tidak. Hanya dengan akhlak seorang wanita ‘berniqab’ yang bekerja sebagai akauntan di pejabatnya.
“Saya tertarik kepada akhlaknya. Begitu sopan, begitu empati dengan kawan sekerja dan cekap pula melaksanakan tugas. Tanpa melihat wajahnya pun, hati saya sudah terpikat. Sungguh. Saya jatuh cinta pada kecantikan budinya.”
“Bagaimana menyatakannya?”
“Cinta sentiasa ada cara untuk dinyatakan. Melalui seorang kawan rapat saya menyatakan hasrat.”
“Masa tu belum Islam?”
“Belum. Itulah cinta. Buta. Saya akui, cinta kepada wanita itu lebih dulu datang, sebelum cinta kepada Islam. Itulah saya.”
“Subhanallah menarik. Bagaimana reaksinya?”
“Dia menjawab… bakal suami saya hanyalah seorang Muslim.”
“Saya tahu, itu ialah syaratnya. Lantas, saya katakan kepadanya, masih melalui orang tengah,  beri saya masa secukupnya untuk memeluk Islam. Saya rasional, saya tidak akan ikut-ikutan. Saya perlu berfikir.”
“Dia beri cukup masa untuk berfikir?”
“Ya, bukan hanya untuk berfikir. Tetapi untuk belajar tentang Islam. Saya sememangnya sudah sekian lama menyimpan hasrat untuk memahami Islam. Bukan kerana hendak menganutnya, tetapi kerana minat saya yang mendalam pada ilmu. Bagi saya ilmu-ilmu dalam Islam sangat menarik untuk diterokai.”
“Jadi Islam hanya dipelajari untuk diketahui, bukan untuk diyakini?” tusuk saya.
“Mula-mula begitulah. Tetapi lama-kelamaan, ilmu-ilmu itu telah membentuk keyakinan saya. Mula-mula hanya kerana wanita, tetapi akhirnya jatuh cinta kepada Pencipta wanita.”
“Begitu mudah?”
“Tidak juga. Saya berfikir lama…. Hati saya selalu bertanya apa yang menyebabkan seorang wanita begitu ‘terbuka’ ketika wajahnya tertutup. Dia sangat terbuka dalam pemikiran, pergaulan dan pekerjaannya.  Mudah didekati tetapi sangat menjaga diri. Bagi saya tentu ada sesuatu dari dalam dirinya yang menjadikan dia begitu.”
“Berapa lama?”
“Hampir dua tahun.”
“Dia sabar menunggu?”
“Bukankah saya katakan, dia wanita yang sangat setia dan patuh pada janji?”
“Wah. Itu cinta pertama?”
“Pertama pada dia. Tetapi tidak pada saya. Saya pernah jatuh cinta kepada wanita lain sebelumnya.  Pada dia cinta pertama, pada saya cinta utama. Dalam banyak-banyak cinta, cinta itulah yang paling suci dan unik.”
“Perkahwinan meriah?”
“Meriah. Sangat meriah. Sederhana tetapi penuh makna. Ceria.”
Hampir saya terlupa pada cerita ibunya. Supaya tidak terlupa, saya terus bertanya, “itu cerita isteri, tadi kita bermula dengan cerita ibu.”
“Cerita ibu dan isteri saya sangat berkaitan.”
Saya minta dia bercerita terus. Saya mahu belajar daripadanya. Saya lihat di antara mereka yang mengikuti kursus kepimpinan Islam itu dialah yang paling bersungguh-sungguh dan fokus. Banyak pertanyaan yang diajukannya. Bagi saya dia seorang istimewa. Tentu sekali isteri atau ibu atau kedua-duanya sekali istimewa. Bukankah di sebalik seorang lelaki yang hebat, pasti ada seorang wanita yang hebat?
“Setelah bernikah, saya lebih mendalami agama. Saya dan isteri terus belajar dan belajar. Ada kalanya cuti tahunan kami dihabiskan untuk belajar ilmu agama. Kami kemudian mengerjakan umrah dan akhirnya dapat mengerjakan haji. Anak-anak kami dididik untuk mendalami agama sejak kecil. Alhamdulillah, dua daripada tiga orang anak kami hafaz Al Quran.”
“Bertuah. InsyaAllah, isteri tuan seorang isteri yang solehah. Boleh saya dan keluarga ziarah rumah tuan untuk bertemu dan berkongsi pengalaman dengannya?”
“Tidak boleh. Maaf, tidak boleh.”
Saya sangat terkejut. Ditolak mentah begitu sahaja? Lantas bertanya, “mengapa?”
“Kerana dia telah meninggal dunia dua tahun lalu. Sakit barah. Barah rahim. Sewaktu barah dikesan sudah tahap yang kritikal. Tidak dapat diubat lagi. Sebulan meninggal…”
Terkejut. Daripada rasa terkilan tadi, bertukar tiba-tiba kepada rasa sedih yang mendalam. Betul, jangan cepat buruk sangka, detik saya dalam hati. Sekarang saya seperti dapat merasakan sendiri rasa kehilangannya srikandi cintanya itu. Betapa hebatnya rasa kehilangan seorang isteri yang telah memberi cahaya mata dan cahaya hati.
Dia mengesat matanya yang mula berair. Sungguh, saya turut merasainya. Isteri ialah jantung hati kita. Dia pergi… separuh diri kita juga seolah-olah hilang. Cinta kepada isteri ialah cinta kerana Allah yang sangat besar impaknya dalam kehidupan. Hamka, seorang penulis yang tersohor pernah meluahkan isi hatinya ketika ditinggal mati oleh isterinya. Ketika ditanya oleh anaknya (irfan), beliau meluahkan :
“Kau tahu, Irfan. Ayah dan Ummi telah berpuluh-puluh tahun lamanya hidup bersama. Tidak mudah bagi Ayah melupakan kebaikan Ummi. Itulah sebabnya bila datang ingatan Ayah terhadap Ummi, Ayah mengenangnya dengan bersenandung. Namun, bila ingatan Ayah kepada Ummi itu muncul begitu kuat, Ayah lalu segera mengambil air wudhu’. Ayah solat Taubat dua rakaat. Kemudian Ayah mengaji. Ayah berupaya mengalihkannya dan memusatkan fikiran dan kecintaan Ayah semata-mata kepada Allah,” jawab Ayah
“Tetapi satu kematian yang indah…” tiba-tiba dia bersuara, memutuskan ingatan saya pada Allahyarham Pak Hamka.
“Kematian yang indah? Bagaimana dia meninggal dunia?”
“Saya masih ingat menjelang waktu Asar pada hari itu dia sangat tenat. Saya duduk menemani di sebelahnya. Dia merayu untuk solat berjemaah bersama. Selalunya saya solat berjemaah di masjid tetapi kali ini dia benar-benar tenat. Lalu saya baringkan dia di sebelah kiri di bahagian belakang saya. Dia begitu lemah. Matanya hampir terpejam. Habis solat sahaja, dia mengucap kalimah syahadah sebanyak tiga kali… lalu terus menghembus nafas yang terakhir.”
“Begitu mudah?”
“Begitulah tuan, macam sebuah drama. Sukar untuk mempercayainya jika sekadar mendengar cerita tetapi saya menyaksikannya. Itulah kematian yang indah.”
“Al Fatihah,” ujar saya. Kami sama-sama membaca surah al fatihah dan berdoa semoga rohnya diampuni dan dikasihani Allah. Seseorang akan mati mengikut cara hidupnya. Jika cara hidupnya baik, maka dia akan menemui kematian dengan sebaik-baiknya. Wanita itu telah mengislamkan suaminya, melahirkan anak-anak yang baik,  bisik hati saya.
“Ustaz, sebenarnya bukan saya sahaja yang tertarik kepada Islam atas sebab dia tetapi juga adik-beradik saya. Seorang demi seorang adik-beradik saya memeluk Islam apabila mula dan  lama bergaul dengannya.”
“Wah, mudahnya…”
“Tetapi ada  juga yang susah. Ibu dan ayah saya sangat susah untuk menerima Islam. Mereka sangat keras hati. Kata-kata lembut dan akhlak isteri saya pun tidak cukup kuat untuk mencairkan kekufurannya. Namun, ajaibnya… masih isteri saya juga menjadi sebab keislaman ibu-bapa saya.”
“Macam mana tu?” tanya saya tidak sabar. Inilah persoalan awal dalam perbualan kami tadi. Daripada soal ibu-bapanya teralih pula kepada soal isterinya. Benar katanya tadi, soal ibu dan isteri sangat rapat dan Saling berkait.
“Kami cuba pelbagai cara untuk mengislamkannya, tetapi tidak berjaya. Akhirnya, isteri saya menyarankan satu cara…”
Saya benar-benar ‘suspen’. Menanti dengan penuh minat.
“Sayangnya, isteri saya pergi dulu sebelum sempat melihat hasil dakwahnya kepada ibu saya,” katanya tanpa memberi jawapan yang saya tunggu.
“Maksud tuan, isteri tuan meninggal dunia dahulu kemudian baru ibu tuan memeluk Islam?”
“Ya,”jawabnya pendek.
“Apa kaedah yang disarankan oleh isteri tuan itu?” tanya saya, mengulang pertanyaan yang sangat saya dambakan jawapannya sejak tadi.
“Begini, arwah isteri saya menyatakan bahawa doa anak kepada ibu-bapanya sangat mustajab. Bukan sahaja setelah ibu-bapanya meninggal dunia, bahkan semasa ibu-bapanya itu masih hidup lagi.   Satu hari, dia sarankan saya berdoa setiap kali selepas solat dan setiap kali membaca Al Quran. Pohon kepada Allah agar diberi hidayah kepada ibu-bapa saya.”
Terpegun mendengar saranan itu, saya berfikir. Nasihat ini seperti serampang yang punya dua mata. Pertama, untuk yang berdoa agar sentiasa solat dan membaca Al Quran. Kedua, untuk yang didoakan agar mendapat hidayah Islam. Bijak sungguh arwah isteri beliau.
“Jadi tuan ikut saranan itu?”
“Ya. Saya ikut.”
“Berapa lama?”
“ Hampir 10 tahun. Selama itulah setiap kali selepas solat dan membaca Al Quran saya doakan ibu-bapa saya. Yakni, sejak hari Allahyarham isteri mencadangkannya pada saya… saya amalkan. Dia meninggal dua tahun yang lalu, ibu pula baru dua minggu yang lepas. Ertinya, dia sendiri tidak dapat melihat hasil kejayaan dakwahnya.”
“Dia akan melihatnya. Bahkan dia akan melihat lebih jelas daripada kita nanti. InsyaAllah. Mudah-mudahan dia dan ibu tuan ditempatkan di kalangan roh orang yang beriman. Sama-sama akan ke syurga nanti…”
Sungguh peristiwa itu sangat menyentuh jiwa. Dakwah yang berkesan itu dengan akhlak yang baik, kata-kata yang penuh hikmah dan doa yang istiqamah. Tanpa wajah dilihat, tetapi diri  sudah mampu memikat. Itulah mesej di sebalik ‘sayonara’ seorang isteri yang berniqab…
Alhamdulillah, itu kata hati saya kala baca cerita ini, semoga ALLAH  juga memberi hidayah buat keluarga saya seperti cerita ini..                                                                                                                                                                                                                                           Selamat Tahun Baru 2015..