what happend a few months ago..02


Adat cukur jambul(kita fahami sedikit tentang amalan ini)

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

------------------------------------------------------------------------------------------

dan ALHAMDULILLAH pada tarikh 17032013 majlis potong jambul anak saudara,baby qahlif berjalan dengan baik, diiringi bacaan yasin dan marhabah dari kumpulan yasin felda air tawar 03. majlis potong jambul telah diadakan di teratak bonda Hjh Jamiah. apa yang lebih bermakna adalah berkumpulnya adik beradik, anak-anak buah setiap kali adanya majlis di rumah mak mertua, itu lah penghubung silaturahim. sedang masing2 sibuk dengan kerja, sibuk mengejar dateline (kata nyerrr. ). almaklum lah masing2 ada tanggungjawab...semoga kita dapat mengingati sesama sendiri dalam menyuburkan rasa sayang adikberadik, iparduai, sepupu , yang jauh kita dekatkan, yang dekatkan saling memantapkan hubungan.


baby qahlif perlukan bekalan sebelum potong jambul...

 apa tujuan ambik gambar ni, of coz lah kan nak promote...hahahahah

tukar edar ni lambat sangat, dah makcik tu terpaksa ambik sendiri....
geng-geng lepak..
mama dan abah baby qahlif.


aksi2 baby qahlif yang comel...

kaki-kaki nasi ambeng...masa ni abang LONG masih lagi sihat walafiat..
doa kami semua, semoga abang long cepat sembuh..insyaALLAHaamiin....
 cik bie, mek kelate, 
upin ipin..

cucu2 Hjh Jamiah yang gileerrrrrrrr bergambar...model tersembunyi kata nyerrrr


  cameron highlands 29032013...

 2nd drive kata nyerrrr, kena lah cukup tido..

 hahaha..budak ni tak tahu lah motip terlambat bangun.. driver juga ka?
my sweetie and grandnanny, minum air panas tapi sejuk juga, ish kalau dah lapar tu, makan je lah...
 setiap perjalanan, bila mana tempat bersatu dalam tolak ansur, terima seadanya , maka terlahirlah keselesan..
renungan yang panjang..bila nak jumpabesan ni...adoi!!!!

bertemu lagi di hari-hari yang mendatang..

suatu hari nanti
kala mata sudah terpejam
kala nyawa terbang tinggi
nafas sudah tiada lagi
pergi bukan kerana jantung terhenti
pergi bukan kerana darah yang naik
dan pergi bukan kerana sakit yang tak pasti
dan kini
cuma jasad kaku
tapi kerana itu lah janji 
satu saat PASTI bertemu PENCIPTANYA
apa yang tinggal hanya coretan dari sang pencinta SILATURAHIM....


fasa pertama kehidupan...

tiada yang lebih indah dalam kehidupan mendirikan masjid ,saat cinta yang selama bertahun2 disemai,tak kala saat akad nikah terlafaz

akhirnya kau kini seorang isteri
sang lelaki bergelar imam dalam solatmu
masak kegemaran suamimu
sterika baju suami kala dia pergi mencari rezeki
meniti hari menanti kehadiran cinta hati
yang lahir dari pencantuman kasihsayang
dan malam2 harinya
tidur beralas lengan sasanya..


semoga masjid yang terbina ini akan kekal hingga ke JANNAH...


24hb OGOS 2013