ke puncak menara tertinggi..

my baby girl dah besar lah...rasanya baru semalam kamu lahir, dan tangan ini yang memimpin tangan tak kala bila kaki mu mula hendak bertapak...dan kini kaki kecil sudah besar dan langkah mu mula menjauhi..jauhi keluarga mu bukan kerana marah tapi kerana ingin menyambung pelajaran mu dan mencapai cita2 yang telah lama diimpikan..

memasuki alam pengajian tinggi dan bergelar mahasiswa merupakan satu saat yang diinpikan oleh mu...

doaku sentiasa mengiring mu wahai anakku..
jagalah solat mu, kerana itulah ilmu tertinggi yang ALLAH kurniakan..
jagalah aurat mu dari pandangan mata bukan mahram mu...
jagalah setiap langkahmu kerana ALLAH sentiasa melihatmu..
jagalah kehormatanmu kerana engkau sedang membawa nama ayah mu...

No comments:

Post a Comment