Assalamualaikum...

Bila mood mula hilang.. fikiran pun mula blank..
Bila hidup mula dikuasai keboringan, semua jadi tak teratur..
hati melonjak - melonjak nak mencoret, tapi otak terasa kosong..
ini lah hidup, adakala menerujakan, tapi adakala membosankan...
di tambah dengan sikap orang sekeliling, hati lagi makin kaku untuk mencoret..
bukan berputus asa. cuma masih terasa..mungkin sikap tidak menghormati itu sudah tiada..
umur bukan penentu, tapi selagi kita masih tahu menghormati orang lain, selagi itu kita mengharapakn perkara yang sama... tapi itu semua terasa di telan dengan sikap angkuh..
manusia tetap manusia..Allah menjadikan manusia itu sebaik-baik, tapi mereka telupa bila hal duniawi mula menguasi..Ya...itu lah ujian, ramai yang mampu berdepan dengan sakit dan musibah tapi bila berdepan dengan sikap manusia ,  kesabaran itu mula terasa goyang....

" BUMI MANA TIDAK DITIMPA HUJAN, LAUTAN MANA TIDAK BERGELORA. BEGITU JUGA MANUSIA. TIDAK PERNAH SUNYI DARIPADA DUGAAN. UMPAMA PELANGI YANG PUNYA PELBAGAI WARNA, BEGITULAH UJIAN BAGI SETIAP HAMBA. ADA YANG DIUJI DENGAN KETAATAN, KESAKITAN ATAU MUSIBAH. ADA JUGA PERANGKAP YANG MENUNGGU KITA JADI MANGSA ...
ALLAH MAHA BENAR DAN JANJI-NYA BENAR. DIA TIDAK AKAN MENGUJI KITA KECUALI SESUAI DENGAN KESANGGUPAN DIRI.." BY USTAZ KAZIM ELIAS...


No comments:

Post a Comment