13hbfeb2013...Assalamualaikum..Alhamdulillah rahmat ALLAH... syukur atas segala pemberianNYA..
Yang baik itu datang Allah dan setiap kekurangan itu adalah dari kita sendiri, setiap kejadian ada hikmahnya, dan setiap kejadian ada rahsia yang Allah sembunyikan..tak perlu mempertikaikannya.. kita bukan sesempurna mana. sudah tentu kita ingin kan kesempurnan tapi kita jangan lupa hakikat yang sempurna itu siapa, jangan perlu melebihi dari yang SATU.. Menerima kekurangan seseorang memang adakala sukar tapi kita sendiri tidak ketahui itu semua urusan ALLAH.. Redha, ya adakala kita perlu redha pada setiap kejadian untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dikemudian hari...Menjadi insan yang sentiasa menerima kekurangan orang lain adalah lebih baik dari terus mecari kesalahan nya.. Teguran sedikit atas setiap kesalahan bukan bermakna membencinya tapi kerana ada kasih dihati perihatin di lubuk sanubari..
Perjalanan hidup ini masih jauh, masih banyak yang perlu dipelajari ...Nikmati setiap minit kehidupan ini dengan seadanya, sentiasa beringat semalam adalah pengalaman dan yang berlaku hari ini adalah cabaran...
No comments:
Post a Comment