membina keluarga sakinah...

Assalamualaikum, setiap manusia itu pasti melakukan kesilapan, begitu juga sebuah keluarga.. Untuk membina sebuah keluarga yang sakinah mawaddah warahmah memerlukan sebuah kekuatan iman yang boleh menghalang segala godaan dunia yang semakin mencabar ini..

Setiap hari dalam hidup ada saja cabaran mendatang, tetapi bila difikirkan itu itu semua hanyalah cabaran kecil.. Cuba kita berfikiran sejenak apa yang harus kita lakukan untuk mendekatkan diri dengan ALLAH. Kalau ALLAH sudah mencintai makluknya, IN SHAA ALLAH segala urusan akan dipermudahkan, begitu juga dlam soal membina sebuah keluarga yang kita ingin kan. Dan untuk menjadi sebuah rumah yang disukai ALLAH harus lah ada perkara yang disukai ALLAH didalamnya, bukannya setakat melakukan yang wajib tapi soal yang kecik kita abaikan. Sentiasa merasa bersyukur dengan setiap apa yang kita ada tanpa perlu mewar-war atau bersikap riak, kerana semua itu perkara yang tidak disukai olehNYA... Bina lah sebuah rumah yang sangat disukaiNYA, cukupkan segala perisa dalamnya. Bohong jika setiap rumah itu tiada badai, tapi jika kita berbalik padaNYA, percaya padaNYA dan bersikap sabar dalam menghadapi dugaan mahupun rintangan yang diturunkan, makin kita kenal siapa ALLAH kita,makin kita merasa tawadhu pada segala yang berikan dalam bentuk apa jua perkara.. Dalam sebuah rumah juga memerlukan sifat saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.. Mengluarkan kata-kata yang baik mampu membuat kita saling menghormati antara satu sama lain.. Tidak perlu ada batas umur bila ingin menasihati antara ayah dan ibu,suami dan isteri , maupun anak dan kedua orang tua.  Nikmati setiap nasihat itu adalah rezeki untuk membina iman yang kukuh.. Hidup hanya sekali dan sebentar cuma, maka hargai apa yang kita miliki dengan membina sebuah rumah yang didalam nya ada cahaya sakinah, mawaddah dan wa rahmah.. Bila saat diri ingin berubah maka lakukannya kerana ALLAH...Kesimbangan dan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat  menjadi titik permulaan untuk semuanya..








No comments:

Post a Comment