teropong melaka...

Assalamualaikum..,lately ni mmg tak sempat nak up date apa2, jengah mmg jengah tapi bila buka blog tak tahu nak tulis apa.. Otak rasa kosong bila nak menulis(bila tengah bc novel br mmg malas c kit nak menulis yang sebenarnya), mesti family tertanya kenapa tak up date apa2 pun ttg acara family day next week..sorry la to u all, dah taip tapi tak post ag, setiap hari ada saja perancangan yang berubah so nak up date mcm mana.. Kita merancang tapi ALLAH yang tentukan, so aku dicide tak buat dulu nnt ada pula percangahan masa..payah nak beri penjelasaan..so..so..hari ni aku just masuk kan tempat menarik kat BANDAR MELAKA yang boleh kita lawati masa HARI KELUARGA nnt..yang paling penting you all semua berSABAU...

jom kita belajar Sejarah Melaka dulu...flash back apa yang kita belajar kat sekolah..heheheheh...



Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.


Muzium Samudera terletak di jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter panjang dan 8 meter lebar


Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930.

Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut.Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.


Pancuran air ini dibina pada tahun 1904 sempena memperingati pemerintahan jubli Ratu Victoria. Terletak di tengah-tengah Dataran Belanda, Pancutan Air Ratu Victoria ini masih lagi berfungsi dan telah menjadi tumpuan utama para pengunjung yang datang melawat bandaraya bersejarah ini.


Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar dan merupakan pulau yang terbesar sekali di Melaka.  Ia merupakan sebuah pulau di luar pantai Melaka. Terletak 15km daripada Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri  disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.


yang ini kita tak belajar lagi tapi ianya pengetahuan AM ok....anak2...
masjid selat merupakan masjid yang terbaru dan terkini di melaka. Ianya dibina di PULAU MELAKA dan terletak ditepi SELAT MELAKA yang merupakan selat tersibuk dan terpanjang didunia.Masjid selat ini dibina di tengah2 kawasan pusat perniagaan di BANDAR HILIR


Sejarah kita dah tahu,jom..Kita jengah tempat-tempat REKREASI menarik sambil bersantai...


Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.



Tarikan utama spesis hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah seperti Seladang, Harimau Belang, Tapir, Gajah dan sebagainya. Sejajar dengan konsep pembangunan zoo, Zoo Melaka telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semula jadi yang hijau. Untuk mencapai matlamatnya, empat fungsi utama Zoo Melaka adalah Pembiakan Dalam Kurungan (Konservasi), Penyelidikan, Pendidikan dan Rekreasi
Masa lawatanZoo Siang9.00 pagi – 6.00 petang setiap hari
KategoriHarga*Harga Pakej
Dewasa ( 13 Tahun dan Ke atas)RM 10.00RM 8.00
Kanak-kanak ( 5 Tahun hingga 12 Tahun)RM 4.00RM 2.00
Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1-6)RM 5.00-
Warga EmasRM 4.00-
Membawa Video KameraRM 10.00-
*Harga Pakej: Permohonan melalui surat sahaja secara kumpulan 20 orang ke atas


MINI MALAYSIA

Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.
Bayaran Masuk:Dewasa : RM10.00
Kanak-kanak : RM5.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari    9.00 pagi – 5.00 petang



Mereka yang mengidap penyakit kulit adalah disarankan berendam di dalam kolam air panas ini. Dengan adanya kemudahan lain seperti sebuah restoran dan padang permainan kanak-kanak dan sebagainya, Kolam Air Panas Gadek adalah tempat yang sesuai untuk keluarga, samada untuk berekreasi atau untuk mengubati penyakit kulit dan sebagainya.

Bayaran Masuk:
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak : RM1.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari : 7.00 pagi – 9.00 malam.


Cara yang terbaik untuk bersukaria dan menghayati bandar Melaka ialah dengan berjalan perlahan-lahan sambil duduk berehat. Walaubagaimanapun, sekiranya anda inginkan sedikit kelainan, anda boleh menyewa beca yang akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah ini yang selalunya akan tertinggal sekiranya anda mengambil keputusan untuk berjalan sendiri. Beca ini boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di The Stadthuys.

Kadar tambang yang biasanya dikenakan oleh pengusaha beca untuk perjalan pergi-balik dari The Stadthuys ke Kota A’Famosa adalah RM10 untuk sebuah beca.


Saksikanlah panorama indah dan pemandangan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Anda pastinya teruja melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Pulau Besar dan Selat Melaka. Disamping itu, anda berpeluang melihat kepesatan pembangunan di Negeri Melaka. Pastinya pengalaman anda menaiki Menara Taming Sari akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Harga Tiket : 
Dewasa : RM 20.00
    Kanak-Kanak : RM 10.00

Masa Operasi : 
10.00 am-10.00 pm





Masa untuk Mencari Harta Karun!
Bila anda berada di Melaka, jangan lupa untuk membeli cenderahati. Rugi sekiranya anda melawat tempat yang menarik tanpa membawa balik sebarang kenangan yang boleh disentuh dan boleh diceritakan kepada yang lain. Kata orang, sekeping gambar menceritakan seribu perkataan. Jadi, berapa banyak yang boleh cenderahati itu ceritakan? Mungkin lebih banyak dari yang disangkakan? Tepat sekali. Kami mahu anda membawa balik cenderahati ke tanah air anda untuk mengingatkan anda tentang Melaka dari semasa ke semasa.
Oleh kerana Melaka terkenal dengan barangan antiknya, anda perlu berjalan di Jonker Walk, yang terkenal dengan barangan antik, untuk mendapatkan barangan antik dengan harga yang murah. Anda boleh mencari sesuatu dari masa lampau kepada koleksi kipas dekoratif, kraftangan dan bakul bertingkat Baba. Deretan kedai-kedai antik akan menarik perhatian anda sepanjang hari. Anda akan terpukau dengan pemeliharaan yang cermat keatas barangan zaman silam dan terpegun dengan perjalanan sejarahnya.
Membeli-belah di Melaka memberi anda suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Samada anda membeli-belah di kedai di tepi jalan ataupun di kompleks membeli-belah, anda akan menjumpai dengan banyak cenderahati dan barangan lain dengan harga yang berpatutan.


Waktu operasi:Waktu operasi kedai-kedai di sini berbeza tetapi pada amnya, dari hari Isnin hingga ke Khamis, kedai-kedai dibuka ada jam 10 pagi hingga 6 petang dan dari hari Jumaat hingga Ahad, banyak kedai dibuka sehingga jam 10 malam. Kedai-kedai makan buka dari jam 10 pagi hingga 11 malam. Jalan disini menjadi pasar malam setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 6 petang hingga ke tengah malam.
Kedai-kedai yang terdapat di Jalan Jonker:
1. Syarikat Abdul
No. 79, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
No 93, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka
Tel:  +606-284 8518
2. Ancient Curio Store
No.70 Jalan Hang Jebat
75200 Melaka
Tel:  +606-284 8586
3. Fatimah Antik Stor
No. 46, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
4. K&S Antiques House
No. 22 Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
5. Kowloon Antiques Shop
No. 38, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
6. Malacca Junk Store
No. 55, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
7. Tian Wai Antiques & Art
Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka



No comments:

Post a Comment