SALAM MAULIDUR RASUL 1434H....

Assalamualaikum..Hari berganti hari, dan kini kita sudah sampai ke Jumaat minggu ke3 dalam bulan Januari, Alhamdulillah, apa yang kita miliki hari ini dan hari mendatang adalah kepunyaan ALLAH yang hanya pinjaman sementara buat kita,sementahlah kita masih lagi bernafas dimuka buminya.. Hargailah setiap kehidupan ini, pahit manis. silih berganti, mungkin hari ini semuanya berjalan dengan baik sekali,tapi siapa yang tahu apa akan berlaku hari esok.. Berdoa pada ALLAH semoga apa yang kita miliki sekarang akan kekal hingga kala mata terpejam..tetapkan kalimah tauhid dan hidayah dijiwa kita semua..IN SHAA ALLAH..

Selawat Salam keatas Nabi junjung Mulia Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat dan keluarga baginda... Sempena kedatangan MAULIDUR RASUL 1434H, sama-samalah kita menambahkan kecintakan kita kepada Nabi kita dengan semarakanlah Hari Kelahiran Baginda dan sentiasa mengingatinya dan berselawat keatasnya.

Jadikanlah  Nabi kita sebagai 'USWATUN HASANAH', kerana baginda adalah sebaik baik suami, ayah , peniaga dan pemimpin yang teringgi.. kerana ALLAH SWT telah menciptakan Rasulullah SAW  menjadi seorang manusia yang paling sempurna dan agung.. semoga kedatangan hari mulia ini juga  kita akan menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W yang mematuhi segala perintahnya, sentiasa menjadi umat yang beriman.. merindui sirahnya. mengasihi dan mencintai saudaranya dan sentiasa mengingatinya dengan berselawat keatasNYA...





No comments:

Post a Comment